Pages

Wednesday, September 3, 2014

Wanita ketagih beli-belah di internet terpaksa lelong rumah



Agensi
SIMS bersama sebahagian pakaian yang dibelinya di internet dengan menggunakan kad kredit.


LONDON - Seorang wanita terpaksa menjual rumahnya dan menanggung hutang berjumlah £40,000 (RM210,000) selepas dia gagal mengawal ketagihan untuk membeli-belah melalui internet, lapor MailOnline kelmarin.
Wanita tersebut, Emma Sims, 41, berkata, ketagihan membeli-belah mula tidak terkawal selepas dia mengalami kemurungan pada 2011 dan membelanjakan lebih £2,000 (RM10,500) untuk membeli pakaian, beg dan kasut di internet.
Katanya, walaupun cuma bekerja di sebuah pejabat tetapi dia mempunyai banyak kad kredit kerana banyak syarikat menawarkan kemudahan berkenaan.
"Saya sangat meminati fesyen dan membelanjakan banyak wang untuk membeli baju serta kasut yang hanya saya pakai sekali sebelum disimpan," katanya.
Menurutnya, dia sukar untuk meninggalkan ketagihan tersebut dan kini terpaksa mendapatkan bantuan pakar psikiatri. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0903&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_06.htm#ixzz3CC8g3qGF 
Hakcipta terpelihara 

No comments: