Pages

Wednesday, September 3, 2014

Bekas ratu ‘jual mahal’ pulangkan tiara


Yangon: Bekas ratu cantik yang ditarik balik gelarannya berkata, dia tidak akan memulangkan tiara bernilai lebih RM300,000 sehingga penganjur meminta maaf kerana menggelarnya penipu serta pencuri.

May Myat Noe, jelitawan pertama Myanmar yang memenangi pertandingan ratu cantik di peringkat antarabangsa membuat kenyataan itu di sidang media, semalam.



Sambil menafikan dia bersetuju menjalani pembedahan membesarkan buah dada, May berkata, dia tidak berniat mencuri tiara berkenaan.

“Cuma saya enggan memulangkannya tanpa permohonan maaf daripada penganjur.

“Maaf itu bukan saja untuk saya, malah untuk Myanmar,” katanya.

Sebelum ini, penganjur Ratu Cantik Dunia Asia Pasifik, David Kim berkata, May banyak menimbulkan masalah selepas diumum pemenang.

Selain enggan menjalani pembedahan buah dada, May turut menyebabkan kerugian kepada penganjur.

-AP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/03

No comments: