Pages

Sunday, September 21, 2014

Tahi judi kena sebat depan masjid



Salah seorang kaki judi disebat di sebuah masjid di wilayah Aceh baru-baru ini.


JAKARTA - Lapan lelaki disebat di hadapan 1,000 orang di pekarangan sebuah masjid selepas melanggar undang-undang Syariah kerana terbabit dalam perjudian, lapor akhbar MailOnline semalam.
Seorang pendakwa raya di wilayah Acheh di utara barat Sumatera membacakan hukuman tersebut ke atas kelapan-lapan lelaki itu sebelum seorang lelaki bertopeng tampil untuk menyebat mereka.
Lelaki itu menggunakan sebatang rotan untuk menyebat lima kali di bahagian belakang setiap pesalah tersebut.
Kawasan pekarangan masjid itu dipenuhi orang ramai yang mahu melihat hukuman yang dijalankan selepas solat subuh kelmarin.
"Salah seorang daripada mereka tidak akan disebat kerana keadaan kesihatannya, namun selepas dia sembuh, dia akan tetap berhadapan dengan hukuman itu," kata seorang pendakwa raya yang dikenali sebagai Nurhalma.
Menurutnya, setiap pesalah itu sepatutnya disebat lapan kali, namun hukuman itu telah dikurangkan.
Sementara itu, Datuk Bandar Banda Aceh, Illiza Saaduddin Djamal berkata, hukuman sebat di hadapan khalayak ramai itu merupakan kali yang ketujuh dilaksanakan.
Undang-undang Syariah itu telah dikuat kuasa di Banda Aceh sejak 12 tahun yang lalu. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0921&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz3Du0NQBTR 
Hakcipta terpelihara 

No comments: