Hubungan Maziah (dua kanan) dan madunya, Halimatun (kiri) tetap akrab walapun suami mereka sudah meninggal dunia sejak tiga tahun lalu. |
BUKIT KUANG - “Kita sebagai isteri muda kena banyak mengalah,” kata Maziah Muda, 39, yang berkongsi rahsia keakraban hubungan dengan madunya hingga mereka boleh tinggal di rumah sebelah menyebelah sejak 25 tahun lalu.
Keakraban hubungan mereka tetap kekal walaupun suami, Saludin Jusoh, sudah meninggal dunia akibat serangan jantung ketika berumur 54 tahun.
Malah, pemergian suami tercinta pada 2 Mac 2011 membuatkan Maziah dan madunya, Halimatun Embong, 55, berkongsi suka duka bersama dalam membesarkan anak yang ramai.
Hasil perkongsian hidup selama 22 tahun, Maziah dikurniakan sembilan anak berusia 21 hingga 4 tahun, manakala isteri pertama suaminya mempunyai 11 cahaya mata berumur antara 35 hingga 12 tahun.
"Mungkin tak ramai wanita bermadu sanggup duduk di rumah sebelah menyebelah kerana boleh timbul rasa cemburu atau boleh berselisih faham, tapi bagi saya perkara itu tak akan timbul kalau ada toleransi.
“Sebab rumah kami dekat, kami boleh saling membantu jika ada masalah, malah kesemua 20 anak kami rapat antara satu sama lain,” katanya ketika ditemui di kediamannya di kawasan Rumah Awam Kos Rendah (RAKR) Bukit Kuang.
Maziah berkata, sejak dari awal berkahwin, dia menganggap anak isteri pertama suaminya seperti anak kandungnya sendiri.
Dia yang mengambil upah mengasuh cucu untuk menyara tiga lagi anak yang bersekolah berkata, hubungan erat yang terjalin itu menjadikan mereka sebuah keluarga besar, apatah lagi bekas madunya kini mempunyai 13 cucu.
“Ramai yang bertanya tentang resipi kerukunan keluarga besar kami dan apa yang saya boleh katakan sifat mengalah itu paling penting dalam menjaga hati orang yang kita hormati dan sayang.
“Dalam hidup bermadu ini, kita juga perlu berkorban dan tidak pentingkan diri sendiri kerana dari situlah wujudnya kasih sayang,” katanya yang turut menerima bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM400.
Sementara itu, Halimatun berkata, mempunyai anak ramai dan madu merupakan harta berharga yang menjadikan keluarga mereka lengkap serta sempurna walaupun mereka bukanlah orang senang.

No comments:
Post a Comment