Sultan bersama kru ketika mengikuti misi STS-51-G Discovery pada 1985.
Sultan bersama kru ketika mengikuti misi STS-51-G Discovery pada 1985
Bertindak sebagai pakai muatan merupakan cabaran paling besar buat dirinya sepanjang misi itu.
Bertindak sebagai pakai muatan merupakan cabaran paling besar buat dirinya sepanjang misi itu.
SULTAN bin Salman dilahirkan pada 27 Jun 1956 di Riyadh, Arab Saudi. Beliau merupakan bekas juruterbang Tentera Udara Diraja Arab. Beliau muncul sebagai astronut keturunan diraja pertama mengikuti misi angkasa lepas dengan kapal STS-51-G Space Shuttle yang bertindak sebagai pakar muatan. Difahamkan beliau juga dipercayai orang Islam pertama dari Arab Saudi mengikuti misi angkasa lepas terbabit pada 17 Jun hingga 24 Jun 1985.

Penglibatan awal dunia angkasawan

Sultan memulakan kerjayanya pada 1982 sebagai seorang penyelidik di jabatan komunikasi antarabangsa di Kementerian Penerangan di Arab Saudi sehingga 1984. Beliau kemudiannya berkhidmat sebagai Timbalan Pengarah Jawatankuasa Media Saudi bagi atlet Arab yang mengambil bahagian dalam Sukan Olimpik 1984 di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS).

Setahun kemudian beliau bertugas di bahagian jabatan pengiklanan TV di Kementerian Penerangan dan telah dilantik sebagai pemangku pengarah.

Pada Jun 1985 beliau berpeluang mengikuti misi STS pada-51-G Discovery sebagai pakar muatan.

Misi itu turut disertai tujuh lagi anak kapal termasuk angkasawan AS dan Perancis di mana beliau mewakili Pertubuhan Satelit Komunikasi (ARABSAT) Arab Saudi dalam menggerakkan satelit ARABSAT-1B.

Bukan itu sahaja beliau juga memegang rekod angkasawan termuda yang terbang di Shuttle, pada usia 28 tahun.

Kejayaan beliau ke angkasa lepas berjaya hingga beliau mewujudkan Persatuan Space Explorers iaitu sebuah organisasi antarabangsa terdiri daripada bekas angkasawan dan kosmonaut.

Persatuan yang mempunyai 33 ahli itu turut disertai angkasawan terkemuka seperti Caesar Chavez, Coretta Scott King, Carl Sagan, Jesse Jackson dan Peter Ueberroth.

Beliau kemudiannya berkhidmat dalam Tentera Udara Diraja Saudi dan memegang pangkat Leftenan Colonel dan bersara daripada angkatan tentera udara pada 1996.

Kerjaya lain

Selepas bersara dari dunia ketenteraan beliau dilantik sebagai Setiausaha Agung Suruhanjaya Pelancongan dan Antikuiti (SCTA) pada 2000.

Tempoh perkhidmatan beliau kemudiannya dilanjutkan selama empat tahun lagi hingga Februari 2008.

Sepanjang berkhidmat sebagai setiausaha, beliau menyumbang ke arah peningkatan jumlah pelancongan ke Arab Saudi sekali gus dianggap sebagai menteri pelancongan Arab Saudi.

Kehidupan peribadi

Sultan berkahwin dengan anak perempuan Menteri Hal Ehwal Luar Saudi, Saud bin Faisal, bernama Haifa dan mempunyai tiga cahaya mata. Anak kepada Sultana Bint Al Sudiari dan Salman bin Abdulaziz Al Saud ini dikurniakan tiga cahaya mata Salma,

Sahar dan Hala. Anak sulungnya Salman, 24, kini mengikuti pengajian di Universiti St Andrew di Scotland.

Ketika masa terluang beliau mengembari sukan meluncur dan mempunyai sebuah ladang di Diriyah iaitu ladang yang dibina untuk diwarisi keluarga Al Saud.

Pendidikan

Sultan menamatkan pendidikan sekolah rendah dan menengah di Riyadh. Beliau adalah graduan Ijazah Komunikasi Massa dari Universiti Denver dan pemegang Ijazah Sarjana Sains Sosial Politik dari Universiti Syracuse pada 1999.

Anugerah
-Pada 2012, Sultan dianugerahkan Pingat Canselor oleh Syracuse University.
- Presiden Kehormat bagi Persatuan Arab Pengajian Arkeologi, University King Saud.
- Naib Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Jeddah Bersejarah (Unesco).
- Pengasas Jawatankuasa Penasihat bagi Kolej Universiti King Saud Pelancongan dan Antikuiti.
- Pengerusi Lembaga Pengarah, Kanak-kanak Kurang Upaya Persatuan (DCA).
- Pengasas dan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah, Putera Salman.
- Pengasas dan Pengerusi Lembaga Pengarah Penerbangan Saudi.
- Pengerusi Lembaga, Putera Salman Sains Oasis.
- Pengasas Ahli dan Ahli Lembaga Pengarah, The Society of Model Institut Sekolah Modal, Riyadh.
- Ahli Jawatankuasa Pusat Sejarah Makkah, Yayasan King Abdulaziz.
- Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif, Kebajikan Puteri Hassa Al Sudairi.