Pages

Tuesday, August 19, 2014

Pesawat China Eastern tidak jadi mendarat kerana pengawal trafik udara tertidur

SELASA, 19 OGOS 2014 @ 5:43 PM

China Eastern Airlines
 
BEIJING: Sebuah pesawat penumpang China Eastern Airlines yang mula terbang rendah ketika menuju ke Lapangan Terbang Wuhan pada waktu malam Julai lalu terpaksa membatalkan pendaratan kerana pengawal trafik udara tertidur.

Kejadian itu yang berlaku pada 8 Julai adalah kejadian tidak diingini ketiga dalam tempoh dua bulan membabitkan pesawat China.

Transkrip rakaman penerbangan yang dikeluarkan oleh Pentadbiran Penerbangan Awam China hari ini menyatakan anggota kru penerbangan China Eastern melakukan beberapa cubaan untuk meghubungi pengawal penerbangan yang bertugas di Lapangan Terbang Tianhe Wuhan - dua kali dalam bahasa Inggeris dan sekali dalam bahasa Cina. Perhubungan yang dilakukan bagaimanapun tidak dijawab.

Pesawat itu terpaksa naik semula ke ketinggian 900 meter dan mengelilingi lapangan terbang selama kira-kira 10 minit sebelum mendarat, kata laporan itu. Kejadian berkenaan berlaku antara jam 2 hingga 3 pagi.

China Eastern juga berjaya mengelakkan kejadian lain dalam tempoh beberapa minggu. Pada 17 Julai lalu, pesawat China Eastern tersasar daripada landasan ketika mendarat di Nanning.

Tiga hari kemudian, sebuah lagi pesawat China Eastern tersasar daripada landasan sejurus selepas mendarat di Lapangan Terbang Changzhi di wilayah Shanxi ketika hujan lebat, menyebabkan penutupan sementara lapangan terbang itu. Tiada kecederaan dilaporkan. - Reuters

No comments: