Muslimah perlu meneladani sifat keperibadian Maryam yang solehah dan berakhlak mulia. - Gambar hiasan |
NAMA indah Maryam dikongsi oleh ramai wanita di dunia. Nama istimewa ini disebut dalam al-Quran malah diabadikan dengan menamakan sebuah surah yang sering menjadi amalan ibu mengandung.
Maryam melambangkan keperibadian si pemilik nama wanita Bani Israel yang solehah, contoh wanita positif berakhlak mulia.
Asal-usul perkataan ‘Maryam’ meliputi bahasa Ibrani, Aramaik dan Latin bermaksud alim dan suci. Terdapat pelbagai maksud lain namun al-Quran mencatatkan beberapa sifat istimewa mengenai Maryam Binti ‘Imran yang secara langsung menyerlahkan status keperibadian beliau Maryam dan keturunannya sentiasa dipelihara ALLAH SWT daripada syaitan.
Setelah kelahiran Maryam, ibundanya telah berdoa: "... dan bahawasanya aku menamakannya Maryam dan aku melindungi dia dengan peliharaan-Mu, demikian juga zuriat keturunannya daripada godaan syaitan yang direjam (yang dikutuk dan disingkirkan).” (Surah Al-Imran: 36)
Wanita yang sedang hamil sepatutnya bertarbiah untuk mengukuhkan hubungan dengan ALLAH melalui ibadah dan amalan soleh. Ibunda Maryam, seawal kandungan lagi telah menazarkan janin yang dikandung kepada ALLAH agar sentiasa dilindungi daripada sebarang kejahatan.
Ini membuktikan kebijaksanaan ibundanya bahawa masa depan agama suci Islam terletak di bahu ibu yang melahirkan dan membesarkan zuriat yang soleh.
Maryam membesar dengan sempurna di bawah jagaan Nabi Zakaria AS dan dikurniakan rezeki oleh ALLAH: “Maka dia (Maryam) diterima oleh Tuhannya dengan penerimaan yang baik dan dibesarkannya dengan didikan yang baik serta diserahkannya untuk dipelihara oleh Nabi Zakaria.
Setiap kali Nabi Zakaria masuk untuk menemui Maryam di Mihrab, dia dapati rezeki (buah-buahan yang luar biasa) di sisinya. Nabi Zakaria bertanya: “Wahai Maryam dari mana engkau dapati (buah-buahan) ini?” Maryam menjawab; “Ialah daripada ALLAH, sesungguhnya ALLAH memberikan rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak dikira.” (Surah Ali-Imran: 37)
Oleh kerana niat suci ibundanya, ALLAH telah merahmati Maryam dengan asuhan yang terbaik dan rezeki yang cukup istimewa buat beliau. Segalanya adalah bukti keberkatan ALLAH terhadap Maryam yang sentiasa di bawah perlindunganNya.
Amat menyedihkan apabila terdapat segelintir masyarakat yang menganggap mempunyai anak perempuan merupakan satu beban menyusahkan keluarga. Walhal, segala rezeki dan ketentuan adalah kuasa mutlak ALLAH Yang Maha Pemurah.
Justeru, setiap ibu bapa perlu meletakkan pengharapan yang tinggi terhadap ALLAH bahawa setiap anak yang lahir ke dunia mempunyai aturan rezeki yang telah ditetapkan dan mereka bukanlah beban semata-mata.
Malah, anak adalah amanah yang tidak wajar disia-siakan. ALLAH menjamin melalui al-Quran bahawa Maryam adalah gadis yang suci dan hamba-Nya yang taat. Firman-Nya: "Dan Maryam Binti Imran yang menjaga kehormatan dan kesuciannya beliau; dan Kami tiupkan ke dalam (tubuhnya) roh daripada Kami; dan dia mengakui kebenaran kalimah Tuhannya serta Kitab-kitabNya, dan merupakan salah seorang yang taat (hamba).” (Surah At-Tahrim: 12)
Ayat ini jelas menyatakan kesucian dan ketaatan Maryam yang dijamin oleh ALLAH. Wanita Muslimah pada hari ini hendaklah sentiasa berlumba-lumba ke arah reda ALLAH kerana ALLAH amat menyayangi wanita yang taat terhadap setiap perintahNya.
Namun apa yang berlaku di zaman ini, wanita amat mementingkan penampilan luarannya dengan berlumba-lumba agar kelihatan menarik tanpa memikirkan nilai sebenar yang lahir daripada keimanan dan ketaatan kepada ALLAH.
Justeru itu, iMuslim Akademi sekali lagi mengambil peluang untuk menyediakan ruang bagi pencari ilmu khususnya golongan wanita dengan menganjurkan konvensyen Islamik tahunan yang dinamakan The Bidadari.
Bertemakan Srikandi Mulia di Sisi Rasulullah SAW, Konvensyen ini diharap agar dapat mencetus inspirasi untuk membentuk jati diri yang kukuh dalam kalangan Muslimah dalam memainkan peranan sebagai pembentuk ummah sejagat di samping membaiki diri ke arah ketaatan kepada ALLAH.
Segalanya akan dikupas oleh beberapa tokoh wanita unggul serta pencetus inspirasi yang bakal menjentik minda melalui perkongsian pengalaman menuju ALLAH, berkisarkan kisah teladan daripada isteri-isteri, puteri Rasulullah SAW dan sahabat.
Sepanjang tiga tahun lalu, konvensyen ini telah berjaya mengukuhkan kedudukannya sebagai satu program yang signifikan dan kini diiktiraf sebagai perhimpunan wanita terbaik di seluruh Asia.
Buat kali ketiga di Malaysia, Konvensyen The Bidadari bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 30 dan 31 Ogos ini.
Konvensyen The Bidadari turut menyasarkan golongan Adam agar turut sama merasai keunikan acara tahunan yang dinanti-nantikan ini. Istimewa buat mereka, School of Sahabah menjanjikan sebuah pengisian mantap dengan memaparkan barisan ilmuwan tempatan dan antarabangsa.
Temui Prof Dr Muhaya, Dr Harlina Halizah Siraj, Dr Zahazan Mohamed dan ramai lagi berserta Duta The Bidadari seperti Mizz Nina, Natasha Hudson dan Ummi Nazeera pada Ogos ini.
Pendaftaran boleh dibuat secara atas talian melalui www.thebidadari.com. Aktiviti menarik untuk kanak-kanak, gerai jualan dan kemudahan untuk para ibu yang menyusukan turut disediakan.

No comments:
Post a Comment