LONDON 24 Julai - Belalai gajah bukan sahaja panjang, malah kajian membuktikan ia penuh dengan deria reseptor bau yang lima kali lebih baik daripada manusia dan mamalia lain.
Seorang saintis darii Universiti Perubatan dan Pergigian Tokyo, Dr. Yoshihito Niimura berkata, beberapa kajian yang dijalankan saintis mendapati gajah di Afrika memiliki deria bau yang lebih baik daripada mamalia lain, sekali gus menewaskan anjing termasuk anjing polis yang terkenal dengan keupayaan menghidu.
Bagaimanapun akhbar Daily Mail dipetik melaporkan manusia pula didapati memiliki deria bau yang paling teruk dalam kalangan spesies di dunia.
Menurut penyelidik juga, gajah Afrika didapati mampu mengesan air sejauh berbatu-batu dan menggunakan deria bau untuk mengesan pemangsa daripada jauh, mencari makanan atau teman.
Kajian itu diterbitkan dalam jurnal sains Genome Research, yang mengkaji tahap deria bau (OR) 13 mamalia termasuk kuda, arnab, tikus Belanda, lembu, tikus dan cimpanzi. Lebih menakjubkan mereka dapati gajah Afrika mempunyai bilangan gen yang lebih besar.
"Fungsi gen ini tidak diketahui umum, namun ia merupakan sesuatu yang penting untuk persekitaran kehidupan gajah Afrika.
"Rupa-rupanya belalai seekor gajah itu bukan sahaja panjang malah ia juga hebat," katanya.
Untuk menyelidik keupayaan karektor deria bau daripada mamalia yang berbeza, para penyelidik telah mengkaji senarai genom daripada 13 plasenta mamalia dan mendapati kesemua mamalia memiliki lebih 10,000 deria bau atau gen secara keseluruhan.
Daripada jumlah tersebut gajah Afrika mempunyai himpunan deria bau paling luas dengan hampir 2,000 OR.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140725/lu_10/Gajah-miliki-deria-bau-lebih-baik-daripada-anjing-3rd-LEAD#ixzz38Qgsgyo9
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment