BRISTOL 22 Jun - Sekumpulan penyelidik di Britain terkejut, apabila menemukan sisa persembahan makanan untuk upacara pengebumian mayat zaman purba dari bandar Ur, Iraq di atas almari di Jabatan Arkeologi, Universiti Bristol semalam.
Para penyelidik di universiti itu menjumpai persembahan makanan dipercayai berusia 4,500 tahun tersebut di dalam kotak kayu besar semasa sedang mengemas bilik Jabatan Arkeologi dan Antropologi.
Menurut laporan akhbar Daily Mail, kotak itu dipenuhi tembikar, biji benih dan tulang haiwan serta mengandungi perkataan seperti 'predynastic', 'sargonid' dan 'Makam Diraja' yang ditulis pada kad indeks.
Siasatan lanjut yang dilakukan mendedahkan bahawa artifak itu adalah sisa persembahan makanan dari kubur diraja berusia sekurang-kurangnya 4,500 tahun.
Sisa persembahan makanan tersebut dipercayai dikumpul semasa penggalian terkenal oleh Sir Leonard Wolley di Ur, selatan Iraq semasa tahun 1920-an dan 1930-an.
Pakar menyatakan, kotak tersebut merupakan sesuatu yang menarik kerana pe-
nemuan seumpama itu sukar dijumpai dalam tempoh awal kerja-kerja di lapangan arkeologi.
Dr. Tamar Hodos, pensyarah kanan dalam Arkeologi di Universiti Bristol berkata, adalah tidak jelas bagaimana kotak itu telah diletakkan di bahagian atas almari.
"Penemuan ini masih misteri kerana kita tidak tahu bagaimana sisa makanan itu berada di Bristol.
"Jika ada sesiapa yang tahu tentang misteri sisa makanan ini, kami sangat suka untuk mendengarnya dari anda," kata Dr. Hodos.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140623/lu_09/Sisa-makanan-purba-dijumpai-atas-almari#ixzz35PTx37kg
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment