- Penduduk Saudi menyesuaikan diri dengan fenomena soltis musim panas sejak Jumaat lalu.
Ahli astronomi di Pusat Sains dan Teknologi Raja Abdulaziz, Zaki Abdulrahman Mustafa memaklumkan, kesemua negara di hemisfera utara termasuk negara Teluk mengalami fenomena soltis musim panas.
Difahamkan daripada laporan Arab News, keadaan sama turut melanda Britain, di mana matahari terbit pada jam 4.43 pagi dan terbenam pada jam 9.21 malam.
Norway, Denmark dan Sweden pula mengalami waktu siang sehingga 19 jam sehari ketika soltis musim panas berlaku pada Jumaat lalu.
Dalam perkembangan berasingan, Imam Besar Saudi, Sheikh Abdul Aziz Al-Sheikh memberi amaran kepada rakyat negara itu supaya tidak melakukan nikah mut'ah di luar negara.
"Segelintir individu terperdaya dengan kontrak perkahwinan itu, amalan ini ditegah kerana menjadikan wanita sebagai mangsa eksploitasi," katanya.
Dalam kenyataan lain, Persatuan Kebajikan Keluarga Saudi di luar negara (Awasir) menasihatkan penduduk di negara itu supaya berwaspada dan tidak mudah termakan pujuk rayu individu yang menawarkan kontrak nikah mut'ah tersebut.
No comments:
Post a Comment