Norakmar Husein, 32, dan anaknya Muhammad Haris Hafizullah, 1, teruja memegang buah mempelam seberat 2.5 kilogram dan bersaiz 35 sentimeter panjang hasil tanaman bapa sepupunya, Ahmad Tajuddin Nordin, 50, di Kampung Jabi, Jerteh. - Foto Bernama |
BESUT - Kediaman seorang staf Jabatan Kerja Raya (JKR) di Kampung Jabi, Jerteh, dekat sini menjadi tumpuan penduduk setempat apabila pokok mempelamnya mengeluarkan buah bersaiz luar biasa dengan berat purata 2.5 hingga tiga kilogram sebiji.
Ahmad Tajuddin Nordin, 50, berkata lazimnya mempelam jenis itu yang dikenali 'mempelam kelo' oleh penduduk setempat hanya seberat sekilogram sebiji.
"Benihnya dibeli di Pasar Tani Kuala Besut kira-kira empat tahun lalu dan kami ingat pokok ini mandul sehinggalah ia berbunga pada April lepas dan menghasilkan 15 biji buah," katanya kepada Bernama, di sini.
Katanya beliau hanya menyiram pokok berkenaan dengan air sisa makanan dan langsung tidak menduga mempelam tersebut yang ditanam di halaman rumah akan mengeluarkan buah sebesar itu.
Ahmad Tajuddin yang bertugas di JKR Kota Baharu, Kelantan, berkata setiap sebiji buah berukuran 30 hingga 35 sentimeter panjang.
Menurutnya rasa buah itu kurang manis berbanding dengan yang dijual di pasaran.
"Semalam saya mengadakan kenduri kahwin anak, ramai yang terpegun tengok buah itu.
"Ramai yang minta biji mempelam itu untuk dijadikan benih selain ada yang mencadangkan saya buat kaedah 'kawin batang pokok' (tut), tapi saya tidak tahu
cara melakukannya," kata Ahmad Tajuddin. - Bernama

No comments:
Post a Comment