Pages

Sunday, March 30, 2014

Misteri tiga pesawatterbang tinggi di Texas



GAMBAR yang dirakamkan Muskett menunjukkan sebuah pesawat berbentuk tiga segi terbang (dalam bulatan) di Amarillo pada 10 Mac lalu.


AMARILLO, Texas - Pakar-pakar penerbangan dan peminat objek terbang tidak dikenali (UFO) gagal untuk mengenal pasti tiga buah pesawat yang terbang tinggi di sini pada 10 Mac lalu, lapor portal berita metro.co.uk semalam.
Beberapa buah gambar menunjukkan dua buah pesawat berbentuk tiga segi terbang dengan mengeluarkan jalur wap di langit.
Menurut laman blog pertahanan, Ares, ia mungkin gambar pesawat rahsia milik tentera yang berjaya dirakamkan.
Gambar-gambar tersebut dirakamkan oleh jurugambar Steve Doughlass dan Dean Muskett di Lapangan Terbang Antarabangsa Amarillo di sini.
Mereka merakamkan gambar itu semasa melihat tiga jalur wap di langit.
"Setakat pengetahuan saya, gambar itu dirakamkan buat kali pertama sejak tahun 1956," kata seorang blogger, Bill Sweetman.
Pada tahun 1956, majalah-majalah Britain menyiarkan gambar pesawat rahsia Lockheed U-2 yang terbang dari Pangkalan Tentera Udara Diraja Lakenheath di Brandon, United Kingdom. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0330&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz2xObsl4cU 
Hakcipta terpelihara 

No comments: