LOS ANGELES - Satu gempa bumi sederhana yang berukuran 5.1 pada skala Richter menggegarkan kawasan Los Angeles kelmarin, menurut laporan Kajian Geologi Amerika Syarikat.
Ekoran gempa bumi itu, operasi beberapa permainan di taman tema itu dihentikan.
Kerosakan kecil turut berlaku di dalam kawasan taman tema itu selepas gempa bumi tersebut berlaku pada pukul 9.09 malam waktu tempatan.
Perkhidmatan kecemasan turut menerima panggilan tentang kebocoran gas dan air manakala beberapa penduduk menyatakan, barang-barang terjatuh dari rak.
Namun, tiada laporan tentang kematian dan kecederaan ekoran gempa bumi itu.
Pusat gempa bumi itu adalah dekat La Habra yang terletak 35 kilometer ke timur laut bandar raya ini.
Gegaran gempa bumi itu turut dirakam di seluruh kawasan Los Angeles termasuk di Hollywood.
Gempa bumi itu adalah yang terkuat dalam tempoh enam tahun di Los Angeles.
Penggera beberapa buah kenderaan turut berbunyi apabila gempa bumi itu berlaku. - Agensi
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0330&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz2xObUFfqg
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment