OTTAWA, Kanada -Beberapa pekerja meletupkan ais yang terbentuk di Sungai Rideau di sini kelmarin.
Pada setiap tahun, pihak berkuasa di bandar ini meletupkan ais di sungai berkenaan bagi membolehkan aliran air tidak terhenti.
Operasi itu dilakukan bagi mengelakkan aliran air terhalang sekali gus boleh menyebabkan banjir ketika musim bunga.
Dalam operasi tersebut, para pekerja menggunakan bahan letupan kecil yang ditanam di dalam lapisan ais di atas sungai berkenaan sebelum ia diletupkan. - Reuters
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0311&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz2vcxQRiJY
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment