‘RAMPASAN kuasa atau kudeta adalah satu penggulingan kekuasaan kerajaan biasanya secara keras atau tiba-tiba oleh golongan tertentu termasuk tentera dan akan digantikan dengan kerajaan lain sama ada awam atau tentera.’
Perkataan rampasan kuasa bukan asing bagi negara bergolak. Mungkin kita di Malaysia rasa begitu janggal. Ini kerana sejak Merdeka 57 tahun lalu, negara kita masih bebas dari rampasan kuasa.
Tidak dinafikan cubaan berbuat demikian wujud tetapi dapat ditepis dengan berpaksikan kepada kedaulatan institusi Raja-Raja Melayu dan Rukunegara.
Krisis rampasan kuasa hanya boleh diselesaikan dengan pilihan raya. Kuasa pilihan raya dapat menentukan suara majoriti rakyat seperti mana dimahukan.
Pada tiga bulan pertama tahun ini, episod rampasan kuasa makin menjadijadi. Ia berlaku hampir di seluruh negara. Belum pun reda krisis rampasan kuasa di Mesir, Turki pula dikatakan mempunyai bayangan bakal berhadapan situasi sama bertujuan untuk membenam kegemilangan empayar Islam.
Bagi Palestin, Syria, Libya, Pakistan dan Myanmar pula, cubaan rampasan kuasa sudah menjadi perkara biasa.
Sehingga kini, negara berkenaan masih dihimpit dengan krisis perang saudara dan cubaan penggulingan pemimpin termasuk tentera.
Namun, paling mendapat perhatian dunia tentang krisis ini adalah di Thailand dan Ukraine.
Venezuela juga tidak terkecuali apabila mereka menyalahkan antara satu sama lain susulan protes rakyat terhadap desakan pemimpinnya bagi pembangunan ekonomi dan sosial.
Kupasan Isu Minggu Ini pada kali ini, memaparkan sebahagian negara-negara yang sedang berada dalam kemelut dan ambang rampasan kuasa serta tindakan ‘keras’ pemimpin yang mengenakan hukuman terhadap pesalah rampasan kuasa
THAILAND
Yingluck didakwa
Sejarah rampasan kuasa di Thailand Rampasan kuasa di negara ini sudah 17 kali berlaku iaitu dari 1932 hingga 2006, daripada jumlah itu, sembilan kali berjaya dan tujuh kali lagi gagal.
Sepanjang tempoh itu, perdana menteri daripada kalangan awam dan tentera silih berganti. Rampasan kuasa pertama dilakukan oleh sekumpulan anak muda lulusan luar negara pada 1932. Raja Thailand ketika itu, Prajadhipok atau dikenali sebagai Raja Rama VII tidak mempunyai pilihan lain kecuali menerima syarat mengubah syarat Thailand daripada negara monarki mutlak kepada negara berkonsep raja berperlembagaan.
Krisis politik meruncing
Rampasan kuasa yang sedang berlaku di Thailand kini dilancarkan oleh pemimpin pembangkang Suthep Thaugsuban dan parti sayap lain. Beliau dan jutaan rakyat cuba menggulingkan Perdana Menteri Yingluck Shinawatra selepas pemimpin itu cuba membawa pulang bekas Perdana Menteri yang juga abangnya, Thaksin Shinawatra yang kini hidup dalam pelarian selepas digulingkan pada 2006.
Sepanjang krisis tersebut Yingluck dikatakan bersembunyi 150 kilometer dari Bangkok dengan hasrat cuba mencari penyelesaian. Selepas mahkamah mengambil alih beberapa prosedur, Yingluck didapati bersalah antaranya dituduh mengabaikan tanggungjawab sebagai perdana menteri dan bertanggungjawab terhadap pertumpahan darah di negara itu.
Kemuncak krisis tercetus apabila penunjuk perasaan antikerajaan mengepung beberapa lagi bangunan kementerian. Sementara itu, Mahkamah Jenayah Thailand meluluskan waran tangkap ke atas ketua penganjur bantahan, Suthep Thaugsuban atas tuduhan menceroboh bangunan kerajaan.
Akhirnya, bagi meredakan ketegangan, Thailand mengadakan pilihan raya secara adhoc namun pilihan raya itu dicemari dengan insiden berdarah hingga 56 kawasan gagal mengadakan pilihan raya.
Sejak minggu lalu, sungguh pun demonstrasi jalanan mula berkurangan namun, Suthep dan penyokongnya terus berikrar akan tetap menggulingkan kerajaan.
Sehingga kini, masih belum ada kesudahan dalam episod cubaan rampasan kuasa di negara itu.
UKRAINE
Krisis terbesar Eropah abad ke-21
Krisis politik di Ukraine ketika ini adalah yang terbesar di Eropah pada abad ke-21. Ia tercetus antara bekas Presiden Ukarine, Viktor Yushchenko, Ketua Pembangkang Vitali Klitschko dan diburukkan lagi dengan campur tangan Rusia di wilayah autonomi Crimea. Wilayah Crimea dihadiahkan oleh Kesatuan Soviet kepada Ukraine pada 1950an selepas Ukraine bersetuju menjadi sebahagian daripada kesatuan itu.
Bagaimanapun, apabila empayar Soviet runtuh pada 1991, Ukraine mengisytiharkan kemerdekaan ke atas mereka. Walaupun merdeka, Ukraine banyak bergantung kepada Rusia dengan mengekalkan pangkalan tentera laut terbesar di Crimea hingga sekarang.
Sejak dua minggu lalu, pro-Rusia cuba mengambil alih pentadbiran kerajaan selepas tiga bulan protes. Presiden Rusia, Vladimir Putin menegaskan Rusia terpaksa bertindak di Crimea sebagai langkah melindungi keselamatan etnik Rusia yang berjumlah lebih 60 peratus di semenanjung itu.
Pendirian Muslim Ukraine
Bagi penduduk Islam di Ukraine, krisis politik ini tidak memberi kesan kepada 500,000 populasi Islam di negara itu.
Penasihat Pergerakan Islam Crimea Tatar berpendapat, krisis ini menyaksikan rakyat mahu kekal bersama Rusia dan menjalinkan integrasi rapat dengan Eropah Barat.
“Situasi itu boleh mengancam perpecahan masyarakat terutama penduduk Islam Tatar. Ramai orang Islam diusir oleh Kesatuan Soviet pada 1944 dengan alasan didakwa bekerjasama dengan Nazi,” katanya.
Menurutnya, kini penduduk Islam hanya memerhati dan berwaspada terhadap kesan daripada krisis politik antara Crimea, Rusia dan Kiev.
Sementara itu, Mufti Ukraine Ahmed Tamim berkata, krisis ini tidak boleh dicampurkan dengan soal agama.
“Masyarakat Islam sebahagian besarnya terdiri daripada ahli-ahli kumpulan etnik Tatar di Crimea akan menyokong mana-mana pemimpin baru yang sah, tanpa mengira agam,” katanya.
MESIR
Di sebalik revolusi rakyat Negara ini jelas sekali menyaksikan politik kotor apabila rampasan kuasa dilakukan secara terangterangan.
Presiden Mesir ke-5, Mohammed Mursi yang dilantik secara demokrasi buat kali pertama dalam sejah digulingkan melalui rampasan kuasa pimpinan Ketua Tentera Jeneral Abdel Fattah Al-Sisi pada 3 Julai lalu.
Perkembangan terakhir episod duka politik di Mesir, Mursi bersama pemimpin kanan gerakan Ikhwanul Muslimin seperti Essam el-Erian, Mohammed al-Beltagi dan Ahmed Abdel Aatie di humban ke penjara, Mesir dan Arab Saudi melabelkan gerakan itu sebagai organisasi pengganas, referendum yang diadakan pada 12 dan 13 Februari lalu dipenuhi dengan janji kotor Perlembagaan yang dipersetujui Presiden sementara Adly Mansour dan akhir sekali, Al-Sisi tidak menolak sekiranya diundi untuk menjadi Presiden.
Di Mana silapnya?
Rakyat Mesir mahu kerajaan menyegerakan perubahan selepas bertahun-tahun kegagalan demokrasi. Bagaimanapun, Mursi tidak memahami berapa kuatnya tuntutan rakyat bawahan supaya kerajaan menyingkirkan amalan terdahulu seperti menyekat kuasa politik dalam pentadbiran negara itu.
Rakyat juga merasa rejim baharu itu tidak ambil pusing mengapa mereka bangkit menuntut demokrasi yang dianggap satu tuntutan malah Mesir sudah berubah selepas revolusi Januari 2011, yang secara meluasnya dikenali sebagai ‘Arab Spring’. Apa pun, penyingkiran Mursi adalah salah dari segi perundangan dan etika.
Kebangkitan generasi baharu
Revolusi pertama pada 2011 melihat kebangkitan generasi baharu berusia antara 20 dan 30 tahun. Kemampuan melancarkan gerakan menumbangkan rejim yang hampir melumpuhkan Mesir adalah memeranjatkan.
Golongan belia hanya mahukan masa hadapan lebih baik dan mengekalkan keamanan serta keselamatan di Asia Barat. Jika dilihat, apa yang berlaku di Mesir ini sebenarnya adalah rentetan yang berlaku di Tunisia. Di mana, revolusi serta tentangan meletus di Tunisia apabila Mohamed Bouazizi bertindak membakar dirinya pada 17 Disember 2010 sehingga menyebabkan penyingkiran Presiden Zine El Abidine Ben Ali.
Revolusi merebak ke Libya, Syria
Rakyat Mesir terpukau dengan kejayaan revolusi Tunisia di mana mereka meniru dengan melakukan protes untuk menuntut Hosni Mubarak dan rejimnya meletak jawatan.
Selepas 18 hari, Hosni meletak jawatan setelah memerintah Mesir secara diktator selama 30 tahun. Bagi kebanyakan pemerhati di seluruh dunia, penyingkiran ini dilihat sebagai kejayaan revolusi rakyat Mesir. Kini, matlamat pergerakan revolusi rakyat tercapai. Mereka dapat membebaskan negara daripada cengkaman rasuah dan pemerintahan kuku besi tetapi bagaimana nasib masa depan generasi yang mahukan kepimpinan Mursi dikembalikan? Sama-samalah kita ikuti perjalanan politik negara ini.
Ulama dunia tolak rampasan kuasa
Pada 10 Julai 2013, Ikatan Ulama Muslimin Sedunia mengadakan persidangan khas berpusat di Istanbul, Turki. Beberapa resolusi dicapai berkenaan peristiwa di Mesir.
Kesepakatan dicapai antaranya;
1. Kuasa pemerintahan Muhammad Mursi adalah sah menurut syarak dan wajib ke atas seluruh rakyat Mesir untuk memberikan taat setia, penghormatan serta bantuan kepada beliau.
2. Mazhab Ahlu As-Sunnah wa Al-Jamaah berpendirian, haram mengingkari pemerintah Muslim, memberontak dan menamatkan tempoh pemerintahannya melalui rampasan kuasa.
3. Semua golongan yang terdiri daripada latar belakang dan agama yang berbeza khususnya umat Islam diwajibkan untuk menyelamatkan dan memulangkan kuasa pemerintahan tersebu
4. Pihak tentera perlu menyedari kesilapan mereka, malah seluruh rakyat dilarang daripada menimbulkan provokasi yang boleh mendatangkan huru-hara serta fitnah.
Susulan saranan itu, persidangan Ikatan Ulama Muslimin di Istanbul menetapkan panduan syariat seperti berikut:
- Pihak tentera mesti meletakkan semua perkara kembali pada kedudukan selayaknya, dan menutup semua ruang kerosakan.
- Wajib ke atas ilmuwan Islam di Mesir khususnya ulama Al-Azhar tampil menerangkan tentang pengharaman mengingkari kuasa pemerintah Muslim yang dipilih melalui pilihan raya.
- Wajib mengembalikan garis pandu syariat di atas landasannya serta menerangkan kepada rakyat tentang kewajipan taat setia kepada pemerintah.
VENEZUELA
Plot AS?
Krisis di negara ini bermula apabila berlaku pertempuran antara penunjuk perasaan dan polis, tuntutan mereka adalah mahukan perubahan ekonomi, sosial dan kebebasan bersuara. Terdapat juga pegawai kerajaan dituduh berkomplot dengan AS untuk menjejaskan kestabilan kerajaan.
Siapa salah?
Beberapa pihak menyalahkan kerajaan diketuai Presiden Nicolas Maduro manakala kerajaan menyalahkan pembangkang kerana mencetuskan kekecohan.
Siapa pembangkang yang terlibat?
Leopoldo Lopez. Beliau memulakan demonstrasi jalanan pada 13 Februari lalu. Lopez kemudiannya ditahan kerana melakukan keganasan dan pembunuhan.
Apakah kaitan dengan plot AS?
Pegawai Kanan Venezuela menuduh AS cuba menjatuhkan kerajaan. Sepanjang krisis, tiga diplomat AS diarah meninggalkan negara itu dalam tempoh 48 jam.
Apakah reaksi Presiden AS , Barack Obama?
Obama berkata tuduhan itu tidak berasas. Venezuela cuba mengalihkan perhatian dunia dari kegagalan mereka sendiri kepada tuduhan untuk membabitkan AS.
Adakah ini kali pertama cubaan rampasan kuasa di Venezuela? Tidak. Ia telah berlaku hampir sedekat lalu termasuk ketika pemerintahan Hugo Chaves
KOREA UTARA
Hukum mati
Rampasan kuasa adalah ayat paling digeruni di Korea Selatan. Kerajaan negara ini mengambil langkah nekad mengenakan hukuman mati kepada mana-mana individu yang mahu menggulingkan pemimpin nombor satu negara itu Kim Joung-un.
Dasar tegas Perlembagaan negara itu membuatkan rakyat takut kepada pimpinan tentera.
Apa yang boleh dibanggakan adalah Kim Jong-un dilihat sebagai individu paling pelindung dan suka berseloka dengan negara musuhnya iaitu Amerika Syarikat dan sekutunya.
Mana tidaknya, barang siapa yang merancang untuk melakukan rampasan kuasa, hukumannya adalah ‘bunuh’ manakala manamana negara yang berhasrat untuk menggagunya, beliau akan mengacah dengan pelancaran senjata nuklear.
Anjing lapar baham bapa saudara
Pada Disember tahun lalu, Korea Utara menjatuhkan hukuman mati ke atas bapa saudara pemimpin negara itu, Jang Song-thaek, 67, selepas berita penyingkiran mengejut pegawai berkenaan yang suatu ketika dahulu merupakan seorang sangat berkuasa.
Song-thaek dijatuhi hukuman mati selepas beliau dihadapkan ke mahkamah khas tentera atas dakwaan melakukan ‘jenayah terkutuk’ untuk menggulingkan kerajaan.
Paling mengerikan, Song-thaek dibunuh dengan hukuman 'quan jue' iaitu menghumbannya bersama enam pegawai lain ke dalam sangkar dihuni 120 anjing lapar.
100 keluarga dibunuh
Lebih 100 ahli keluarga Songthaek dibunuh atau dipenjarakan, termasuklah kanak-kanak dan duta negara itu ke Cuba dan Malaysia. Menurut sumber, hampir kesemua ahli keluarga terdekat Songthaek telah dibunuh.
Antara yang dibunuh saudara perempuan Song-thaek, Jang Kyesun, suaminya dan Duta Korea Utara ke Cuba, Jon Yong-jin, dan Duta Korea Utara ke Malaysia, Jang Yong-chol. Kesemua mereka termasuk anak lelaki, anak perempuan dan cucu Song-thaek serta dua saudara lelakinya telah dipanggil ke Pyongyang pada awal Disember lalu dan dibunuh.

No comments:
Post a Comment