Pages

Saturday, August 24, 2013

Kegilaan terbaru wanita Korea Selatan

Seoul: Wanita Korea Selatan sanggup berdepan dengan bahaya dan kesakitan asalkan mereka dapat memiliki wajah seperti wanita Barat.
Permintaan untuk menjalani pembedahan membabitkan prosedur memotong tulang dagu serta membetulkan dagu atas dan bawah bagi kelihatan lebih cantik meningkat sejak beberapa bulan lalu.

Dan kini, satu imej dimuat naik ke rangkaian laman sosial menunjukkan seorang wanita yang sudah menjalani pembedahan untuk menaikkan sudut mulutnya supaya dia kelihatan sentiasa tersenyum.
Walaupun gambar itu tidak dapat disahkan kesahihannya, laporan akhbar Huffington Post menyatakan, terdapat klinik di Korea Selatan yang menawarkan pembedahan itu.

Klinik AONE melakukan pembedahan yang dikenali ‘Smile Lip’ itu yang menyaksikan sudut mulut pelanggan dinaikkan dengan memanipulasi otot muka yang menyokong mulut.

Video menerusi YouTube yang diterbitkan klinik itu menjelaskan, sebahagian orang mempunyai mulut yang senget dan menggeleber kerana otot yang tidak kuat untuk mengangkat hujung mulut atau otot dagu yang terlalu kuat hingga menarik mulut mereka ke bawah.
Foto
GAMBAR wanita yang sudah menjalani pembedahan ‘Smile Lip’.
Sebaik pembedahan dilakukan, pesakit itu sentiasa kelihatan tersenyum, walaupun mereka dalam keadaan bermasam muka.

Korea Selatan antara negara yang mencatatkan kadar tertinggi dalam pembedahan plastik di dunia. Tidak hairan jika pembedahan sedemikian bermula di negara itu.
Bagaimanapun, setakat ini, tidak dapat dipastikan sama ada pembedahan yang akan menjadikan wanita yang menjalaninya kelihatan sedikit seperti kucing akan menjadi popular. - Agensi

No comments: