JAIPUR - Bayi malang digigit hidung dan bibir hingga putus oleh bapanya dua minggu lalu meninggal dunia selepas menjalani pembedahan di hospital Sawai Man Singh di Jaipur, India.
Jurucakap hospital berkata, Radha, 5, gagal menunjukkan reaksi positif selepas pembedahan itu.
“Mangsa meninggal ketika sedang disusukan oleh ibunya. Beberapa organ dalamannya juga gagal berfungsi termasuk paru-parunya," katanya.
Sementara itu, media tempatan melaporkan, bapa mangsa yang bekerja sebagai buruh di Siyana daerah Bikaner, Rajasthan kini ditahan atas tuduhan membunuh.
Jika bersabit kesalahan, Bhadar Singh, 36, berhadapan hukuman penjara 10 tahun atau penjara seumur hidup kerana melakukan penderaan hingga menyebabkan kematian.
Dua minggu lalu, mangsa dikejarkan ke hospital selepas bapanya, bertindak ganas menggigit hidung dan bibirnya hingga putus kerana tidak sering menangis. - AFP

No comments:
Post a Comment