Bangunan tentera Syria dibom
Struktur bangunan perisikan ketenteraan selepas diserang FSA.
DAMSYIK - Sekurang-kurangnya 19 anggota keselamatan Syria terbunuh dalam insiden letupan berkembar yang menyasarkan ibu pejabat perisik ketenteraan di selatan tengah bandar Palmyra, kelmarin.

Jurucakap pemerhati hak asasi manusia berkata, serangan itu dilancarkan di cawangan perisikan dan bangunan keselamatan di kawasan diiktiraf sebagai tapak warisan dunia oleh pihak Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Katanya, selain serangan di Palmyra, kumpulan Tentera Pembebasan Syria (FSA) turut mengebom tengah bandar Homs dan telah meragut nyawa lapan orang awam.

"Pertempuran ganas antara tentera rejim Presiden Bashar al-Assad dan FSA dilaporkan berterusan sekitar ibu negara," katanya.

Pihak berkuasa Damsyik terpaksa menutup Dataran Abbasid dan jalan raya Fares Al-Khuory selepas FSA menyerang satu sekatan jalan dengan mortar.  - Al-Jazeera