Pages

Wednesday, December 25, 2013

Polis Dubai guna McLaren MP4-12C

Dubai: Pasukan polis Dubai baru-baru ini menambah jumlah kereta peronda super mereka dengan sebuah McLaren MP4-12C.
Bagaimanapun, bagi mereka yang mengikuti perkembangan pasukan polis itu tidak terkejut kerana memang menjangka polis Dubai hanya menanti masa untuk mendapatkan khidmat kereta berkenaan. 
Kereta McLaren MP4-12C itu dikatakan dibeli dengan harga Dh11 juta (RM9.8 juta).
Pasukan itu sebelum ini sudah memiliki kereta peronda Ferrari FF, Bugatti Veyron, Aston Martin One-77, Mercedes SLS, Bentley Continental GT dan sebuah BMD. 
Foto
KERETA super McLaren MP4-12C yang digunakan polis Dubai.
Pada pameran Motor Dubai November lalu, pasukan berkenaan dilapor membeli dua Audi R8s, Mercedes G class Brabus, Mercedes SL63 dan sebuah Nissan GTR. 
Berucap kepada media di pameran berkenaan, jurucakap polis Dubai Brigadier Abdulla Al-Reda berkata: “Apabila kami mula menggunakan kereta super - Lamborghini, kami turut mengkaji kesan kereta itu.

“Kami melihat reaksi orang ramai dan mendapati ia memberi kesan dan iklan yang baik. Kerana itu kami mengambil keputusan untuk meluaskan penggunaan kereta super sebagai kereta peronda.

“Kami biasanya menggunakan kereta ini di tempat tumpuan pelancong dan membenarkan mereka mengambil gambar. Ia meningkatkan imej Dubai di mata dunia.”

Dengan memiliki kereta McLaren MP4-12C itu bermakna polis Dubai sudah mempunyai 13 kereta super sebagai kereta peronda. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/25

No comments: