Pages

Wednesday, December 25, 2013

Ibu anjing susukan anak harimau




TIGA ekor anak anjing berkongsi susu dengan dua ekor anak harimau Siberia.


HANGZHOU - Seekor anjing betina bernama Xiao Wang yang memiliki tiga ekor anak menjadi ibu tumpang kepada dua ekor anak harimau Siberia yang dibuang oleh ibunya, kata seorang penjaga sebuah zoo di China.
Kejadian itu berlaku di Zoo Hangzhou di sini, dalam wilayah Zhejiang di timur China.
Ibu anjing itu dibawa dari sebuah kampung berdekatan bersama tiga ekor anaknya untuk menjadi ibu tumpang kepada dua ekor anak harimau itu yang lahir pada 10 November lalu.
Anak harimau dan anjing itu terpaksa bersaing setiap kali haiwan berbeza spesies itu hendak menyusu.
Kejadian anjing menjadi ibu tumpang bukan pertama kali berlaku di Zoo Hangzhou. Pada tahun 2010, seekor anak harimau bernama Lucky diperkenalkan kepada seekor ibu anjing selepas haiwan tersebut tidak diterima oleh ibunya.
Perkara serupa pernah berlaku terhadap haiwan lain secara semula jadi.
Pada tahun 2005, seekor anak tupai di Seattle, Amerika Syarikat (AS) telah disusukan oleh seekor anjing jenis papillon yang bunting bernama Mademoiselle Giselle.
Harimau Siberia merupakan spesies kucing yang terbesar di dunia dan banyak terdapat di timur Rusia.
Spesies berkenaan juga boleh ditemui di China dan Korea Utara.
Namun, populasi haiwan itu kini diancam kepupusan apabila dianggarkan hanya 400 sehingga 500 ekor harimau Siberia sahaja yang masih boleh ditemui di habitat asalnya. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1225&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz2oQr4GB00 
Hakcipta terpelihara 

No comments: