Pages

Saturday, November 9, 2013

Senaman dengan kasut besi 405 kilogram


Zhang Fuxing mengimbangi badannya ketika berjalan menggunakan kasut besi seberat 405 kilogram ciptaannya di Tangshan, wilayah Hebei, China, baru-baru ini. - AGENSI
BEIJING 8 Nov. - Seorang lelaki di China menghabiskan masanya setiap pagi untuk berjalan sejauh 12 meter dengan menggunakan kasut besi seberat 405 kilogram.
Zhang Fuxing, 51, yang berasal dari Tangshan di wilayah Hebei, melakukan amalan itu sejak tujuh tahun lalu sebagai rutin senamannya.
Dia yang merupakan seorang pekerja kilang mencipta sendiri kasut besinya itu dengan mengimpal beberapa bongkah besi sepanjang 30 sentimeter dan lebar 20 sentimeter.
Fuxing berkata, pada mulanya, kasut itu hanya seberat 70 kilogram sebelum ditingkatkan secara berperingkat sehinggalah mempunyai ketinggian 40 sentimeter dan berat 405 kilogram ketika ini.
Jika difikirkan, adalah mustahil seseorang itu boleh berjalan menggunakan selipar besi, tetapi Fuxing mampu berjalan sejauh 12 meter dalam tempoh 20 minit setiap pagi.
Fuxing berkata, dia melakukan senaman itu untuk membangunkan teknik berjalan dan merancang untuk meningkatkan lagi berat kasut besinya itu pada tahun depan.
Dia juga mahu menghubungi Guinness World Records untuk mendapat pengiktirafan. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131109/lu_07/Senaman-dengan-kasut-besi-405-kilogram#ixzz2k9nhk6LL
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments: