Pages

Saturday, August 10, 2013

Terjun dari udara dengan kotak kayu

FOTO yang disediakan oleh pihak Skydive Chicago ini 
menunjukkan beberapa orang penerjun menstabilkan keranda dengan pelagak ngeri, Anthony Martin cuba untuk melepaskan dirinya.


SERENA, Illinois - Seorang penerjun lagak ngeri Amerika Syarikat melakukan aksi berani mati baru-baru ini apabila berjaya melepaskan diri selepas dia dikunci di dalam sebuah kotak kayu yang dilepaskan dari udara.
Pelagak ngeri itu, Anthony Martin, 47 diterbangkan dengan sebuah pesawat dan dia dibuang ketika berada pada ketinggian 4,400 meter di udara.
Dia dibantu empat penerjun semasa berada di udara bagi menstabilkan kotak kayu berwarna kuning tersebut. Salah seorang daripada mereka mengalami kecederaan di muka. Namun, mereka semua dapat mendarat dengan selamat.
Semasa terjunan itu, Martin dimasukkan ke dalam sebuah kotak dengan tangannya diikat di pinggangnya manakala tangan kanannya dirantai di dalam kotak tersebut.
Martin pernah melakukan lagak ngeri yang sama 25 tahun lalu, hanya selepas 17 kali melakukan terjunan. Dia mula mempelajari seni melepaskan diri pada usia enam tahun selepas teruja dengan penjelasan bapanya tentang silap mata.
Lelaki yang berasal dari Wisconsin dikatakan mampu membuka kunci selepas mengetahui bagaimana mekanismanya beroperasi. - AP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0810&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz2bVr8LSN1 
Hakcipta terpelihara 

No comments: