Pages

Friday, August 30, 2013

Kisah seorang kaki pukul

Lagi kisah benar yang diceritakan oleh seorang teman kepada saya. Saya tertarik untuk berkongsi cerita ini kat sini.. 

Saya tidak tahu kenapa beliau menceritakan kepada saya tetapi saya menganggap ini semua rezeki kita kerana saya boleh selitkan cerita ini untuk tatapan semua sahabat facebook..

Di celah – celah kesibukan kota, seorang pemuda sedang sibuk bersiap untuk ke tempat kerja. Saban malam dia akan meredah keheningan malam menuju ke tempat kerja tanpa jemu. Bermula seawal jam 10.00 malam dan hanya akan pulang keesokkan harinya sekitar jam 7 pagi.

Begitulah rutin harian pemuda ini. Dia bekerja sebagai Kaki Pukul..(Bouncer) di sebuah kelab malam di ibukota Kuala Lumpur. Kerjanya mudah tetapi merbahaya. Mengawal disko dari samseng-samseng luar yang datang untuk mengganggu para pengunjung kelab malam dan menangani pengunjung yang mabuk...siapa melawan..nahas jawabnya. Yelah..kaki pukul katakan..

Begitulah jadual tugas yang dipikul oleh pemuda ini. Dengan tubuhnya yang sasa, gagah dan besar bagai gergasi dan disamping memiliki wajah yang bengis, sesuai benarlah pemuda ini menjalankan pekerjaannya sebagai kaki pukul (bouncer) kelab malam.

Setiap malam bergaul dengan pengunjung yang bergelumang dengan maksiat, kaki mabuk, perjudian dan bermacam-macam lagi yang memang tidak enak didengar apatah lagi untuk dipertontonkan.

Setelah sekian lama bekerja sebagai kaki pukul, secara tiba-tiba si pemuda ini meluahkan hasrat hatinya kepada kawan baiknya bahawa dia teringin sangat hendak pergi ke Mekah untuk menunaikan fardhu Haji.

Tergamam kawannya dengan luahan hati pemuda tadi. Malam pukul orang, kerja di tempat maksiat tetapi secara tiba-tiba nak pergi menunaikan fardhu Haji? Hasrat hati pemuda tersebut membuatkan kawannya ketawa besar dan seakan macam tak percaya.. Betul ke ni?

Betul ke engkau nak pergi buat Haji ni? Tanya kawannya. Ya betul. Aku memang nak pergi Haji..jawab si pemuda tadi kepada kawannya dengan muka yang selamba dan macam orang nak buat lawak bo.doh. Apasal engkau gelak? Aku serius ni..bentak sipemuda itu.

Ok lah..macam ini lah..kalau engkau dah serius sangat nak buat Haji, nanti aku pergi jumpa kawan aku ya..kawan aku tu dia ada kenal seorang ustaz. Mungkin dia boleh bantu engkau. Selang beberapa hari, pemuda tersebut dibawa berjumpa dengan ustaz tersebut. Maka berceritalah kawannya kepada ustaz itu tentang hasrat sipemuda ini untuk menunaikan fardhu Haji.

Ustaz itu hanya tersenyum dan sedikit pun tidak menggambarkan muka nya yang terkejut. Dengan perlahan ustaz tu berkata..Alhamdulillah..setiap hamba Allah yang beragama Islam dan berkemampuan untuk menunaikan fardhu haji adalah berhak berbuat demikian.

Si pemuda tadi tersenyum dan tak semena-mena memeluk erat ustaz tadi. Terima kasih ustaz..terima kasih banyak. Nanti ustaz ajar saya ya. Kita pergi kursus haji sama-sama ya. Saya nak pergi buat haji dengan ustaz. Saya tak nak pergi dengan orang lain. Tolonglah saya ustaz. Tolonglah ajar saya macam mana cara hendak buat Haji.

Baiklah..nanti saya akan ajarkan awak. Nanti kita akan pergi sama. Insyallah... Kata ustaz sambil tersenyum.

Apabila tiba musim Haji, maka berangkatlah sipemuda kaki pukul kelab malam pergi menunaikan Haji bersama- sama dengan seorang lagi ustaz sebagai teman.

Sampai saja di Jeddah, dalam kesibukkan dua orang ustaz ni memunggah barang-barang dan urusan tempahan hotel, tiba-tiba sipemuda ni hilang.

Tak tau hilang ke mana, penat dua orang ustaz ni mencari pemuda tersebut tapi masih tak jumpa – jumpa. Hinggalah selesai musim Haji, pemuda ini tetap tidak dapat ditemui.

Puas dua orang ustaz tu mencari di seluruh pelusuk Jeddah tapi hampa. Sipemuda tersebut hilang tanpa dapat dikesan. Tak pe lah..Allah maha mengetahui..bisik antara dua orang ustaz itu untuk menyedapkan hati mereka berdua.

Setelah selesai musim Haji, dua orang ustaz ini berangkat pulang ke tanah air tanpa pemuda tersebut. Pergi bertiga, balik berdua. Kalau nak diikutkan afdalnya, pemuda tersebut yang sepatutnya kena buat Haji sebab dua orang ustaz ni memang sudah banyak kali buat Haji. Tapi sekarang sudah terbalik.

Selepas dua minggu berada di tanah air, tiba-tiba dua orang ustaz tersebut mendapat berita bahawa sipemuda yang hilang di Jeddah tempohari sudah balik ke Malaysia dan sekarang sedang sakit di rumahnya.

Terkejut akan berita tersebut, maka dua orang ustaz ni bergegas ke rumah pemuda tersebut untuk menziarah dan bertanya khabar. Dua orang ustaz itu sebenarnya tak sabar nak tau, ke mana hilangnya pemuda itu semasa di Jeddah. Itulah soalan pertama yang akan diajukan kepada pemuda itu kalau berjumpa nanti.

Sampai sahaja dua orang ustaz itu di muka pintu rumah pemuda tersebut, terpaku dua orang ustaz tu.. pemuda berkenaan telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di sisi kawan baiknya dahulu semasa pemuda tersebut meluahkan hasratnya untuk mengerjakan Haji.

Menangis kawannya.. menangis sambil memeluk erat jenazah pemuda itu.

Ustaz..tolonglah uruskan jenazah kawan saya ni. Saya tak tahu tentang pengurusan jenazah ni. Tolonglah saya ustaz. Rayuan kawan pemuda tersebut sudah cukup untuk mengalirkan airmata dua orang ustaz itu.

Tidak kesampaian hasrat ustaz untuk menanyakan soalan kepada pemuda itu tentang ke mana menghilangnya dia semasa di Jeddah dulu. Bertemu semula dalam keadaan beliau sudah menjadi arwah.

Tak pe lah..biar kami yang uruskan jenazah ini. Memang ini kerja kami. Untuk makluman pembaca, dua orang ustaz ini juga bertugas sebagai tukang uruskan jenazah di sekitar Bandar Tun Razak.

Boleh..boleh..nanti kami uruskan. Awak bersabarlah ya.. Tapi tentang kematian kawan awak ni, kita kena maklumkan kepada ibu-bapa dia. Kena maklumkan kepada semua saudara – mara. Jenazah ni biar kami yang uruskan..kata ustaz itu kepada kawan pemuda itu tadi.

Ustaz..sebenarnya kawan saya ni dia tak ada sesiapa pun atas dunia ni. Dia hidup sebatang kara. Dia cuma ada saya seorang sebagai kawan rapat dia. Itu pun kami berjumpa hanya waktu malam di tempat kerja (kelab malam). Siang dia tidur. Dia memang tidak bergaul dengan sesiapa pun di kawasan ini.

Terkedu dan saling berpandangan dua orang ustaz tersebut. Tak pe lah.. kata ustaz..awak pergilah beritahu kepada jiran-jiran yang terdekat. Manalah tahu mereka hendak datang melawat dan mahu menolong. Saya akan ke kedai sebentar untuk membeli kain kapan dan kapas untuk urusan jenazah ini.

Semasa urusan mandi jenazah sedang dijalankan, tiba-tiba terbau suatu haruman yang cukup memikat sesiapa saja yang menghidunya. Kedua-dua orang Ustaz tadi terkejut dan mencari-cari dari mana datangnya bau harum tersebut.

Rupa-rupanya..setiap titisan air yang dijiruskan ke atas jenazah tersebut, air tersebut telah bertukar menjadi haruman dan setiap air yang kena pada wajah jenazah tersebut akan membuatkan wajah pemuda tersebut bertukar menjadi putih berseri.

Hilang terus wajah yang suatu ketika dahulu bengis. SubhanAllah..!! Itu sahaja ayat yang terpacul dari mulut dua orang ustaz itu.

Alhamdulillah..kita sekarang sedang memandikan ahli syurga ni, bisik ustaz kepada kawannya. Ya lah ustaz..tak pernah saya jumpa jenazah yang wangi macam ni. Berseri dan cantik wajahnya. Bangga saya ustaz. Tak rugi kita bawak dia pergi Mekah dulu walau pun dia hilang dari kita.

Betul tak Ustaz? Ya betul..dia hilang itu antara dia dengan Allah. Kita tak payahlah nak berasa pelik kerana tiada yang mustahil disisi Allah. Mesti ada benda amalan yang dia buat atas dunia ini yang kita tak tahu.

Setelah selesai semua urusan jenazah..mandi, kafan dan solat..maka jenazah tersebut diusung ke pusara yang terletak di kawasan Ampang. Lagi satu kejutan telah berlaku. Kali ini tukang gali kubur pulak yang terkejut. Apabila selesai upacara pengebumian, tanah-tanah yang dikambus oleh tukang gali kubur telah bertukar menjadi tanah yang wangi.

Wanginya tanah kubur itu membuatkan semua orang yang ada di situ pakat-pakat bawak balik seorang sekepal untuk disimpan di rumah. Pening kepala dua orang ustaz itu tadi. Nak dilarang pun dah tak boleh. Semua orang buat macam itu hinggalah tukang gali kubur tu sendiri yang melarang dari berbuat demikian kerana penat dia buat batas atas kubur tersebut tapi orang lain meratakan semula.

Setelah selesai urusan pengkebumian dan semua orang telah beredar dari kawasan pusara sipemuda tadi, tinggal lah kawan arwah dengan dua orang ustaz tadi. Sudah lah tu..jangan lah bersedih lagi. Jangan lah menangis lagi.

Kawan awak ni ahli syurga. Semua benda baik telah berlaku di depan mata kita tadikan?. Awak tak nampak ke? ujar ustaz kepada kawan arwah. Nampak ustaz..bisik kawan sipemuda itu dengan suara yang amat perlahan.

Sekarang kalau awak tak keberatan ikutlah balik ke rumah saya. Kata ustaz kepada kawan arwah.

Setiba sahaja di rumah ustaz tersebut, terus ustaz mengajukan soalan demi soalan kepada kawan arwah. Siapa kawan awak ni sebenarnya? Mana pergi keluarga dia? Betul ke dia hidup sebatang kara saja atas dunia ini? Ke mana perginya saudara – mara dia? Cuba awak ceritakan kepada saya dari A sampai Z. Saya nak tahu kisah sebenar kata ustaz.

Beginilah Ustaz..kawan arwah lemah memulakan bicara..Sebenarnya arwah ini bukanlah sebatang kara. Saya berkata demikian atas pesanan arwah kepada saya. Arwah minta saya merahsiakan segala kisah hidup nya.

Arwah amat percayakan saya. Cuma saya tempat arwah mencurahkan segalanya. Hati saya cukup tersentuh ustaz. Sudah lama saya simpan cerita ini. Itu sebab saya suka berkawan dengan dia. Saya tahu siapa dia sebenarnya.

Ustaz..Arwah kawan saya ni sebenarnya ada 7 orang adik-beradik. Arwah adalah anak ke 5. Empat orang di atasnya ialah 2 orang kakak dan 2 orang abang. Mereka semua pegawai tinggi dan bergaji besar. Mereka semua ada nama dan berpengaruh. Semua hebat-hebat belaka. Arwah mempunyai 2 orang adik, seorang lelaki dan seorang perempuan, malangnya 2 orang adik-adiknya mengalami masalah terencat akal (syndrome-down). Ibu arwah pula telah tua dan nyanyuk.

Abang-abang dan kakak-kakak arwah yang bergaji besar dan hebat-hebat itu telah menghantar ibunya ke rumah orang tua-tua. Mereka tidak sanggup untuk membela ibu mereka walaupun mereka mempunyai wang yang banyak, pangkat yang tinggi dan harta yang melimpah ruah. Apatah lagi untuk mengaku dan menjaga adik-adik yang terencat akal.

Lantas arwah inilah yang mengagahkan diri dan kuatkan semangat untuk mengambil balik ibunya tinggal bersamanya dan dengan rela hati turut menjaga dua orang adik yang terencat akal walaupun masa itu arwah ini tidak mempunyai pekerjaan yang tetap dan keadaan kewangan yang sangat genting.

Sayalah yang mengajak arwah ini bekerja dengan saya, menjadi seorang kaki pukul di kelab malam. Memandangkan arwah sudah tiada pilihan lain, maka dia pun bersetuju bekerja dengan saya.Dengan duit itulah dia menyara ibunya yang nyanyuk dan 2 orang adiknya yang terencat akal. Dia buat dengan ikhlas. Sikit pun tidak pernah saya dengar dia merungut.

Malam dia bekerja dan siang dia sibuk melayan ibu dan adik-adiknya. Sibuk memasak untuk mereka makan. Mandikan mereka. Suapkan mereka. Itu semua saya tengok dengan mata kepala saya sendiri ustaz. Masa itu saya lihat wajahnya terlalu berbeza sangat. Malam terlalu bengis dan garang. Siang wajahnya bertukar menjadi berseri dan ikhlas membantu ibu dan adik-adiknya.

Bila masa dia tidur? Sehari dia tidur cuma 2 jam..itu pun curi-curi. Setelah selesai semua tugas dia menguruskan ibu dan adik-adiknya..barulah dia lelap sekejap. Dia cukup sayang kepada ibunya serta 2 orang adik-adiknya.

Sehinggalah pada suatu hari dia beritahu pada saya..Begini bunyinya..Suatu hari nanti aku nak pergi Mekah buat Haji..Aku teringin sangat nak buat Haji. Tapi aku tak boleh pergi sekarang. Aku kena tunggu ibu dan 2 orang adik-adik aku mati dulu, baru boleh aku pergi. Kalau tidak siapa yang nak menjaga mereka nanti sepanjang ketiadaan aku..

Ditakdirkan..3 tahun yang lepas ibu dan 2 orang adik-adiknya telah pergi menyahut seruan Ilahi. Mereka semua meninggal kerana demam panas. Masa tu.. seminggu dia tak datang kerja. Dia terlalu sedih kehilangan orang yang tersayang. Tu lah..masa dia cakap kat saya yang dia nak pergi buat Haji dulu ..saya tergelak besar.

Sebenarnya saya ingat apa yang dia cakap.

Memang dia nak buat Haji kalau semua orang yang dia sayang telah tiada atas dunia ini lagi. Sekarang dia telah kotakan janjinya. Dia telah pergi menunaikan Haji..tapi kenapa dia hilang kat Jeddah..itu saya tak tau..Hanya Allah saja yang maha mengetahui..

Berlinang airmata dua orang ustaz tersebut..tak sangka seorang kaki pukul kelab malam memiliki hati yang mulia.. Walaupun bertubuh sasa dan bengis..tetapi hatinya terlalu mulia dan ikhlas.

Kepada arwah...hanya Alfatihah yang dapat mengiringi pemergian mu..Semoga Allah sediakan tempat yang terbaeekk buat mu..

Teringat saya akan rangkap lagu Allahyarham Sudirman yang bertajuk Ayah Dan Ibu..

Ayah dan Ibu..Itulah Permulaan Kami..Dapatlah melihat Bulan Dan Matahari..Ahai..

Sayangilah ibu bapa kita..tiada mereka..tiadalah kita..
Hiburkanlah hati mereka selagi mereka ada.

No comments: