Pages

Saturday, July 6, 2013

Tanduk badak sumbu bernilai RM3.19b akan dijual

SEORANG pegawai Kastam sedang memeriksa tanduk badak sumbu yang dirampas di Johannesburg kelmarin.


JOHANNESBURG - Afrika Selatan bercadang mahu menjual sejumlah tanduk badak sumbu bernilai AS$1 bilion (RM3.19 bilion) yang dirampas untuk membiayai usaha konservasi dan menangani kebanjiran tanduk badak sumbu di pasaran gelap, lapor MSN News kelmarin.
Justeru, Afrika Selatan sedang berusaha memohon kebenaran untuk melakukan cadangan tersebut agar ia dapat dilaksanakan.
Bagaimanapun, kumpulan konservasi alam sekitar berasa bimbang bahawa tindakan tersebut akan mencetuskan peningkatan permintaan yang mendadak dalam pasaran gelap di beberapa pasaran utama seperti Vietnam.
Peningkatan pasaran terjadi kerana tanduk tersebut sangat dikehendaki untuk kegunaan dalam perubatan tradisional.
Menteri Alam Sekitar Afrika Selatan, Edna Molewa menyatakan bahawa Afrika Selatan akan mendapatkan kebenaran untuk melakukan jualan tersebut pada mesyuarat Konvensyen Perdagangan Antarabangsa Spesies Terancam (CITES), 2016.
"Afrika Selatan tidak boleh terus dijadikan mangsa terbusan oleh beberapa sindiket yang tidak bertanggungjawab menyembelih badak sumbu kami," katanya.
Afrika Selatan merupakan rumah kepada lebih daripada 20,000 badak sumbu. Namun jumlah tersebut dijangka berkurangan sebanyak 800 ekor pada tahun ini kerana aktiviti pemburuan haram.
Sebanyak 73 peratus jumlah badak sumbu dunia ada di Afrika Selatan.- Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0706&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz2YF16rfNZ 
Hakcipta terpelihara 

No comments: