Pages

Tuesday, July 23, 2013

Angka korban gempa bumi Gansu meningkat 92 orang

MEICHUAN, China 23 Julai - Anggota penyelamat hari ini bertungkus-lumus menjalankan operasi mencari dan menyelamat mangsa-mangsa gempa bumi di bawah runtuhan, ketika angka korban akibat dua gegaran kuat semalam meningkat kepada sekurang-kurangnya 92 orang hari ini.
Stesen penyiar CCTV menyiarkan rakaman anggota tentera menggali runtuhan dan pasir bagi mencari mangsa yang dikhuatiri tertimbus di wilayah Gansu, barat laut China.
Mangsa-mangsa yang cedera parah pula diterbangkan menaiki helikopter ke hospital berhampiran di bandar Lanzhou.
Dua gempa bumi masing-masing sekuat 5.9 dan 5.6 skala Richter menggegar wilayah Gansu semalam, mengakibatkan beribu-ribu buah rumah musnah dan rosak. - DPA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130723/lu_12/Angka-korban-gempa-bumi-Gansu-meningkat-92-orang#ixzz2ZsaMTnlp
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments: