Pages

Monday, June 24, 2013

Supermoon dekatkan jarak bulan dan bumi

Oleh AHMAD SHAHERMAN SHAMSURI


FENOMENA Supermoon dirakam di Kuala Lumpur malam tadi.


KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia malam tadi menyaksikan fenomena kedudukan bulan paling hampir dengan bumi yang dikenali sebagai Lunar Perigee atau Supermoon.
Fenomena itu hanya berlaku sekali setahun. Bulan yang disaksikan oleh orang ramai malam tadi merupakan bulan paling besar boleh dilihat oleh rakyat negara ini.
Bagaimanapun, jerebu buruk yang melanda beberapa kawasan telah mengganggu orang ramai melihat fenomena tersebut.
Satu kenyataan Agensi Angkasa Negara (Angkasa) semalam memberitahu, orang ramai dapat melihat bulan berada pada fasa penuh dan uniknya bulan penuh kali ini merupakan bulan penuh yang terletak paling hampir dengan bumi iaitu pada jarak 356,989 kilometer.
“Keadaan ini berlaku kerana bulan mempunyai orbit yang sedikit bujur, bukan berbentuk bulat sempurna dan ini menyebabkan jarak bulan dengan bumi sentiasa berubah-ubah.
“Kesan fenomena jarak bulan yang dekat dengan bumi menyebabkan berlaku air laut pasang surut yang besar berbanding pada hari-hari kebiasaan,” kata kenyataan itu lagi.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0624&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm#ixzz2X5HSOfys 
Hakcipta terpelihara 

No comments: