|
BEIJING - Akhbar milik pemerintah China semalam menggesa orang ramai untuk memakan ayam bagi membantu memulihkan industri ternakan itu yang mengalami kerugian sebanyak 10 bilion yuan (RM4.86 bilion) dalam tempoh seminggu ekoran virus selesema burung H7N9 mula menjangkiti manusia.
Setakat ini. sebanyak 61 orang dijangkiti dengan virus tersebut manakala 14 lagi meninggal dunia sejak virus maut itu ditemui buat pertama kali ditemui pada manusia.
"Orang ramai sepatutnya menghapuskan kebimbangan mereka (untuk memakan ayam) bagi mengelak ia menjadi bencana untuk industri ternakan," kata akhbar Global Times dalam ruangan rencan pengarangnya.
Menurut rencana itu, tidak memakan ayam kerana bimbangkan virus tersebut merupakan perbuatan yang tidak adil untuk para petani.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, virus tersebut tidak akan aktif pada suhu melebihi 70 darjah Celsius.
Pertubuhan itu menyatakan, ekoran itu adalah selamat untuk memakan daging ayam yang dimasak.
Seorang budak perempuan berusia tujuh tahun semalam menjalani pemulihan selepas dia dijangkiti virus tersebut.
Dia kini dirawat di Hospital Ditan, Beijing.
Anak kepada pasangan peniaga ternakan itu dimasukkan ke Hospital Ditan selepas dia menunjukkan simptom selesema seperti demam, batuk, sakit tekak dan sakit kepala pada pagi Khamis lalu, lapor agensi berita Xinhua pada Sabtu lepas. - Agensi
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0416&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz2QZXN0b3T
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment