80 peratus tunggu sebulan izin kekasih tengok wajah tanpa mekap
London: Sebanyak 80 peratus wanita akan menunggu selama sebulan sebelum membenarkan teman lelaki melihat mereka tanpa solekan.
Sama ada mengenakan bedak asas keseluruhan wajah atau sekadar mencalit pelembap bibir, kebanyakan wanita memerlukan bantuan untuk kelihatan cantik, terutama bagi menarik perhatian pada temu janji pertama.
“Solekan buat anda rasa lebih seksi dan yakin. Saya suka dengan idea wanita bangun awal untuk bersolek secara rahsia demi menjaga penampilan sejak daripada malam sebelumnya” Debra Robson, CEO
Tidak hairanlah, wanita tidak yakin tanpa alat solek sehingga 80 peratus daripada mereka menunggu sebulan sebelum membenarkan kekasih baru melihat mereka tanpa mekap, menurut tinjauan terbaru.
Mereka bertindak melampau untuk menarik perhatian dengan lebih satu pertiga wanita bangun lebih awal daripada teman lelaki untuk mengenakan mekap kerana tidak berani membiarkan wajah dilihat tanpa solekan.
Tidur dengan solekan
Selain itu, 60 peratus wanita sengaja tidak menanggalkan mekap ketika tidur dengan kekasih.
Kajian terbaru membuktikan bagaimana wanita enggan membenarkan kekasih melihat mereka tanpa mekap sebelum benar-benar mengenali isi hati mereka.
Hampir seorang setiap lima wanita iaitu 17 peratus menunggu sehingga dua bulan, 16 peratus tiga sehingga enam bulan, lapan peratus tidak pernah menunjukkan wajah tanpa mekap selama setahun.
Tiga peratus lagi tidak pernah langsung membiarkan teman lelaki menatap wajah mereka tanpa bersolek.
Tinjauan juga mendedahkan 20 peratus wanita mencuri memakai mekap pada malam pertama tidur dengan kekasih.
Hampir seorang setiap lima wanita menggunakan helah sama dalam enam bulan pertama hubungan intim.
Ketika ditanya mengapa mereka tidak mahu dilihat teman lelaki tanpa mekap, majoritinya iaitu 58 peratus berkata mereka kelihatan lebih cantik mengenakan solekan.
Putus hubungan
Sebanyak 28 peratus lagi tidak yakin tanpa mekap, 12 peratus yakin mereka tidak diingini tanpa mekap dan dua peratus berkata kekasih mereka mungkin akan memutuskan hubungan.
Lebih tiga perempat wanita berasa masyarakat mahukan wanita mengenakan solekan dan 68 peratus wanita berasa seperti berbogel tanpa mekap.
Cuma 27 peratus gembira ke tempat kerja tanpa mekap dan hampir satu pertiga wanita bertegas mahu bersolek ke gimnasium.
Satu perempat wanita enggan pergi ke kedai tanpa memakai alat solek dan cuma lima peratus yang sanggup keluar temujanji tanpa mekap. - Agensi
No comments:
Post a Comment