28 Mac 2013
GAZA - Seorang Ahli Parlimen Palestin yang digelar 'ibu syuhada' meninggal dunia pada usia 64 tahun di hospital Gaza akibat komplikasi penyakit paru-paru dan kegagalan buah pinggang.
Mariam Farhat mendapat perhatian dunia apabila rakaman videonya di muat naik ke laman You Tube selepas menyokong jihad anaknya, Mohammed, 19, untuk menentang Israel pada 2005.
“Saya berdoa untuk mempunyai 100 anak seperti Mohammed. Saya akan korbankan mereka demi ALLAH,” katanya dalam laporan AP.
Paparan video itu menunjukkan, Mohammed berpegangan tangan dengan ibunya, yang berdoa untuk beliau menjadi syahid di penempatan Yahudi di Semenanjung Gaza.
Selepas Israel berundur dari Gaza pada 2005, keluarga Mariam kembali ke penempatan Yahudi di mana Mohammed melakukan serangan militan sebelum terkorban.
Mariam mempunyai dua orang anak yang telah dibunuh oleh tentera Israel manakala seorang lagi berada di dalam penjara Israel.
Pada 2006, beliau terpilih menganggotai Parlimen Palestin sebagai penggubal undang-undang Hamas.
Kira-kira 4,000 rakyat Palestin menghadiri pengebumian beliau, termasuk Perdana Menteri Hamas, Ismail Haniyeh.

No comments:
Post a Comment