Hasutan pihak pembangkang yang menuduh Ikhwanul Muslimin cuba untuk memonopoli kuasa dikatakan menjadi pencetus demonstrasi di kebanyakan bandar sejak beberapa bulan lalu.
Mereka menjadikan kekecewaan rakyat sebagai senjata untuk melancarkan serangan terhadap Mursi.
Difahamkan, ada pihak tidak berpuas hati apabila presiden itu juga cuba untuk membawa negara tersebut ke arah demokrasi yang menerapkan pendekatan Islam.
Duta Rusia ke Mesir, Sergei Kirpichenko berpendapat pengislaman di Mesir sebenarnya tidak berlaku pada era pasca-Mubarak, sebaliknya ia telah lama bermula sejak di bawah pemerintahan bekas Presiden Anwar Sadat (1970-1981).
Protes yang tercetus kembali di Mesir sejak lebih dua bulan lalu dikatakan berpunca daripada pertelingkahan dua kumpulan yang berbeza ideologi.

Ia melibatkan pertempuran antara penyokong dan penentang Mursi selepas beliau mengumumkan dekri presiden yang memberi kuasa secara meluas kepadanya sejak November lalu.
Kelab Hakim Mesir turut melakukan mogok dan menggantung kerja di semua mahkamah sebagai tindak balas terhadap dekri yang didakwa seperti satu bentuk 'serangan ganas' terhadap sistem keadilan di negara itu.
Susulan daripada insiden bantahan tersebut, Mursi memutuskan untuk membatalkan dekri itu pada awal Disember lalu.
Kemelut di Mesir berterusan selepas proses pungutan suara untuk meluluskan draf Perlembagaan merangkumi 234 artikel yang dirangka sepenuhnya oleh parti Islam.
Walaupun banyak pihak yang menentang draf piagam itu termasuk parti Liberal dan Kristian,ia telah mendapat lebih 10 juta sokongan (63.8 peratus).
Referendum yang diadakan di tengah-tengah pergolakan politik pada 15 dan 22 Disember lalu turut menyaksikan insiden pertumpahan darah selepas pihak pembangkang dan kumpulan minoriti tidak berpuas hati dengan kandungan Perlembagaan baru itu yang didakwa telah mengetepikan hak mereka.
Ada juga menganggap draf yang akan menggantikan Perlembagaan digantung selepas Mubarak digulingkan adalah bercanggah dengan aspirasi kebangkitan rakyat pada awal tahun 2011.
Protes berterusan, selepas mahkamah menjatuhkan hukuman mati ke atas 21 individu yang didakwa terlibat dengan kejadian rusuhan ganas di sebuah stadium bola sepak di Pelabuhan Said pada Januari tahun lalu.
Insiden terbaru itu turut menyaksikan pertempuran ganas antara pihak berkuasa dan penentang Mursi.
Bertitik tolak daripada kejadian tersebut, tunjuk perasaan di negara itu telah merebak di kebanyakan bandar dan mereka nekad berhimpun di luar kawasan istana presiden.
Perintah berkurung yang dikeluarkan oleh Mursi juga tidak dipatuhi dan tindakan tersebut dilihat seperti sengaja mahu mencabar kuasa beliau.
Dalam perkembangan lain, pihak berkuasa turut didakwa mengasari penunjuk perasaan dan melakukan penderaan fizikal terhadap tahanan.

Sehingga kini, penduduk Mesir terus melaungkan slogan menggesa Mursi meletak jawatan dan menuntut pemimpin itu memenuhi matlamat revolusi kebangkitan pada Februari 2011.
Cabaran terbesar beliau pada masa ini adalah melunaskan janji yang ditabur kepada seluruh penduduk Mesir termasuk menyusun dan membangunkan semula sistem ekonomi, politik dan sosial yang masih terumbang-ambing.

No comments:
Post a Comment