DAMSYIK 14 Jan. - Sekurang-kurang 13 orang wanita dan kanak-kanak terkorban dalam serangan udara oleh pemberontak di bandar ini, semalam.
Menurut Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria, beberapa buah rumah di bandar Moadamiyat al-Sham barat daya Damsyik musnah akibat serangan tersebut dan menyebabkan lapan kanak-kanak serta lima wanita terbunuh.
Badan pemerhati berkata, lebih daripada 3,500 kanak-kanak menjadi mangsa keadaan sepanjang 22 bulan konflik melanda di Syria.
Sementara itu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pula memberitahu jumlah keseluruhan yang terkorban adalah melebihi 60,000. - AFP
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130115/lu_10/Perang-di-Syria-60000-penduduk-terkorban#ixzz2I3VVlmqq
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment