Pages

Saturday, December 15, 2012

Penjaja Jakarta jual bakso babi

myMetro | Penjaja Jakarta jual bakso babi:
JAKARTA: Agensi Pertanian dan Maritim Jakarta Selatan semalam berkata, penjaja di tiga daerah di sini menjual bakso babi yang disangka mereka diperbuat daripada daging lembu.
Ketua agensi berkenaan, Agung Priambodo berkata, pihak berkuasa mendapati penjaja yang berniaga di Cilandak, Kebayoran Baru dan Kebayoran Lama itu membeli daging babi mentah dari sebuah rumah sembelihan di Cipete untuk digunakan dalam penjualan bakso mereka. “Penjaja terbabit terpedaya dengan harga murah daging berkenaan. Daging babi berharga 40,000 (RM12.70) hingga 45,000 rupiah (RM14.28) sekilogram, manakala daging lembu dijual pada harga RM28.56 hingga RM31.73 sekilogram,” katanya sebagaimana dipetik daripada beritajakarta.com.

Harga daging lembu semakin meningkat sejak beberapa minggu kebelakangan ini ekoran kerajaan mengehadkan kuota daging import untuk melindungi pengeluaran daging tempatan. Berikutan itu, sesetengah pihak yang licik cuba mengambil kesempatan permintaan tinggi itu dengan membungkus daging babi yang haram dimakan umat Islam bagi menggantikannya dengan daging lembu. Dalam sidang akhbar diadakan, polis dan wakil Asosiasi Pedagang Daging Lembu Indonesia (ASDI) mendakwa rumah sembelihan yang terletak di pasar tradisonal Cipete di Jakarta Selatan terbabit sudah melakukan penipuan itu sejak dua tahun lalu. Pekerja di rumah sembelihan terbabit mendakwa mereka ditipu oleh pembekal yang melumurkan darah lembu ke atas daging babi itu. - beritajakarta.com'via Blog this'

No comments: