Pages

Saturday, December 15, 2012

Bashar al-Assad semakin tewas




Beberapa orang anggota Tentera Pembebasan Syria lengkap bersenjata berkawal di sebatang jalan di bandar al-Amereya di Aleppo pada 11 Disember lalu. - REUTERS
BRUSSEL 14 Dis. - Presiden Perancis, Francois Hollande, hari ini berkata, Presiden Syria, Bashar al-Assad semakin tewas dalam pertempuran dengan pemberontak dan digesa supaya berundur dengan segera.
''Di medan pertempuran, peperangan tidak memihak kepada Assad dan kita perlu melihat ini secara objektif, memastikan Assad berundur secepat mungkin,'' katanya.
Beliau berkata demikian sebelum bermesyuarat dengan pemimpin-pemimpin Kesatuan Eropah (EU) yang turut membincangkan mengenai konflik Syria.
Beliau berkata, Perancis merupakan negara yang pertama mengiktiraf gabungan pemberontak Syria yang dibentuk, baru-baru ini dan kini diikuti oleh kebanyakan negara lain.
EU, bagaimanapun setakat ini masih belum mengiktiraf gabungan tersebut, walaupun menteri-menteri luar EU mengadakan pertemuan dengan pemimpin pemberontak di Brussel pada awal minggu ini.
Beberapa negara anggota EU berhati-hati untuk mengiktiraf gabungan pemberontak itu kerana bimbang terhadap kredibiliti perwakilan dan status demokrasi gabungan tersebut. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121215/lu_01/Bashar-al-Assad-semakin-tewas#ixzz2F8T3dWui
© Utusan Melayu (M) Bhd 

'via Blog this'

No comments: