Pages

Saturday, December 15, 2012

Perhimpunan akhir sebelum mengundi

Perhimpunan akhir sebelum mengundi - Global - Sinar Harian:

Perhimpunan akhir sebelum mengundi
Pembangkang dan penyokong Mursi berhimpun menyuarakan
KAHERAH - Barisan ulama Islam Mesir menggesa rakyat mengundi 'ya', manakala ribuan penyokong dan pembangkang draf Perlembagaan penuh kontroversi sepanjang dua minggu ini, bertindak memenuhi jalan raya seluruh ibu negara sehari sebelum pembuangan undi berlangsung pada hari ini.

Draf yang dikeluarkan Presiden Muhammed Mursi itu, dilihat menyekat pergerakan bebas sebahagian pengikut liberal seperti penganut Kristian dan memberi kebebasan penuh kepada pemerintahan berlandaskan Islam.

Kumpulan pengamal liberal dan aktivis sekular mendakwa, tindakan Mursi membuka pintu yang luas kepada  pencabulan hak kebebasan rakyat.

Kedua-dua pihak iaitu pembangkang dan penyokong Mursi, kini meningkatkan kempen mereka selepas melalui detik yang dianggap sebagai minggu keganasan dan tindakan kekerasan yang mendesak kerajaan Mesir menarik balik draf yang didakwa memberi kuasa penuh kepada pergerakan Ikhwannul Muslimin.

"Mengundi adalah satu jihad demi Tuhan. Ia akan menghindarkan Mesir dari segala kejahatan dan mereka yang menindas umat Islam," kata Sheikh Abdel Akher Hamas kepada penyokong di selatan bandar Assuit.

Protes di Mesir tercetus sebaik sahaja Mursi yang dibantu Ikhwannul Muslimin, mengeluarkan dekri yang mengundang ketidak puasan hati banyak pihak khasnya mahkamah. - AP

'via Blog this'

No comments: