Pages

Friday, August 3, 2012

Lagi sekatan ke atas Iran

myMetro | Lagi sekatan ke atas Iran:

WASHINGTON: Kongres Amerika Syarikat semalam meluluskan sekatan baru terhadap Iran yang menyasarkan sektor tenaga dan pembinaan kapal negara itu.
Ia dilakukan sehari selepas Presiden Barack Obama mengumumkan langkah untuk melumpuhkan rancangan nuklear Republik Islam itu.

Anggota Dewan Perwakilan mengundi 421-6 untuk menyokong sekatan berkenaan yang dianggap Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Luar, Ilieana Ros-Lehtinen sebagai sekatan paling tegas pernah dikenakan terhadap negara itu.
Sekatan terbaru itu menyasarkan mana-mana orang atau syarikat yang bekerja dengan sektor petroleum atau gas asli, menyediakan insurans kepada Syarikat Minyak Kebangsaan Iran, terbabit dengan perlombongan uranium dengan negara itu, atau menjual kapal tangki minyak kepada Iran.

“Persetujuan antara penyokong kerajaan dan pembangkang di kedua-dua Dewan bertujuan mengetatkan sekatan terhadap kerajaan Iran,” kata Ilieana.

Menurutnya, sekatan itu meletakkan sektor tenaga Iran di luar jangkauan dan menyenaraihitamkan sebarang usahasama dengan negara itu dan sekali gus menyekat Iran daripada memperoleh sumber kewangan dan dana yang diperlukan untuk meneruskan program nuklearnya.
Rang undang-undang itu yang akan diserahkan kepada Obama untuk ditandatangani mengukuhkan lagi sekatan yang diluluskan oleh Kongres tahun lalu yang mengenakan tindakan terhadap institusi kewangan asing yang berurusan dengan Bank Pusat Iran atau lain-lain syarikat kewangan negara itu. - AFP

'via Blog this'

No comments: