Pages

Friday, August 3, 2012

Tentera Myanmar tindas etnik Rohingya

Tentera Myanmar tindas etnik Rohingya
Kerajaan di bawah pimpinan Presiden Thein Sein didakwa melakukan penindasan ke atas penduduk Rohingya.
BANGKOK - Kumpulan Hak Asasi Manusia (HRW), kelmarin mendedahkan perbuatan kejam pasukan keselamatan Myanmar terhadap penduduk Islam Rohingya, iaitu semasa keganasan tercetus di negeri Rakhine, sempadan Bangladesh sejak Jun lalu.
Timbalan Pengarah HRW Asia, Phil Robertson berkata, pihak berkuasa didakwa gagal untuk menangani konflik itu dan mereka dilaporkan bertindak menembak mati serta memperkosa penduduk Rohingya tersebut.
"Kerajaan berjaya mengaburi mata negara antarabangsa dengan perubahan yang kononnya sedang berlaku dalam politik di Myanmar sedangkan pencabulan hak asasi manusia masih terus berleluasa di negara tersebut," katanya.
Laporan itu dikeluarkan berdasarkan kaji selidik bersama saksi yang mendakwa kerajaan sebenarnya melakukan penindasan, penganiayaan dan diskriminasi terhadap etnik Rohingya walaupun mereka menafikan dakwaan tersebut sebelum ini.
Keganasan kaum yang melanda di negeri Rakhine itu sejak lebih dua bulan lalu telah menyebabkan kira-kira 80 orang terkorban.

No comments: