Pages

Saturday, July 7, 2012

Bedah siasat Arafat ambil masa

Bedah siasat Arafat ambil masa:
WANITA Palestin berjalan di hadapan lukisan mural wajah Yasser Arafat dan bekas pemimpin Hamas, Ahmed Yassin di Gaza City, 4 Julai lalu. - REUTERS
RAMALLAH 6 Julai - Usaha untuk memeriksa semula jasad Yasser Arafat yang disyaki mati pada 2004, mungkin mengambil lebih masa.
Ini kerana pihak berkuasa Palestin mahu menghantar sepasukan pakar ke Eropah terlebih dahulu bagi mendapatkan maklumat lanjut dari makmal Switzerland dan hospital tentera Perancis.
Presiden Palestin, Mahmoud Abbas telah memberikan kebenaran untuk berbuat demikian tetapi keputusan akhir untuk mengambil tindakan itu dilihat akan mengambil sedikit masa.
Pembantu Abbas, Nimr Hamad berkata, satu pasukan pakar akan dihantar ke Eropah untuk mendapatkan maklumat lanjut dari Institut Switzerland dan hospital tentera Perancis di mana Arafat yang merupakan bekas Presiden Palestin meninggal dunia pada 11 November 2004.
Satu lagi halangan terhadap pengambil tindakan itu adalah persetujuan ahli keluarga rapat Arafat termasuk anak saudaranya, Nasser al-Kidwa, bekas utusan khas Palestin ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dam ketua Yayasan Yasser Arafat.
Pada awal minggu ini, Nasser kelihatan bersetuju dengan bedah siasat dilakukan dan memberitahu stesen televisyen Al-Jazeera bahawa penemuan institut tersebut adalah bukti dakwaannya selama ini iaitu Arafat telah diracun.
Nesser gagal dihubungi sejak memberi kenyataan kepada al-Jazeera.
Abbas berkata, beliau hanya akan mengarahkan bedah siasat diadakan jika ahli keluarga Arafat memberikan persetujuan namun tidak menyatakan siapakah yang dimaksudkannya.
Siasatan penuh akan menyebabkan soalan yang kurang menyelesakan diajukan kepada kepimpinan Palestin.
Israel sebelum ini dituduh mendalangi kematian Arafat dan jika bedah siasat mendedahkan beliau telah diracun, siasatan juga akan melihat mereka yang rapat dengan bekas pemimpin Palestin itu.
Dalam pada itu, Tunisia meminta Liga Arab untuk mengadakan satu pertemuan peringkat menteri bagi membincangkan keadaan sekitar kematian Arafat. - AGENSI

'via Blog this'

No comments: