Pages

Sunday, June 17, 2012

17 maut, polis peladang bertempur

ASUNCION (Paraguay): Sekurang-kurangnya lapan polis dan sembilan peladang terbunuh kelmarin dalam insiden pengusiran tanah yang disifatkan sebagai satu daripada kejadian terburuk di negara itu sejak dua dekad lalu.
Presiden Fernando Lugo mengerahkan lebih ramai anggota tentera ke tempat kejadian bagi membantu polis mengawal keadaan. Kumpulan peladang dikatakan menembak polis yang datang untuk mengusir mereka daripada kawasan ladang persendirian di daerah Canindeuyu, kira-kira 240 kilometer dari Asuncion.

“Setakat ini, 17 orang terbunuh dalam kejadian itu,” kata Menteri Dalam Negeri, Carlos Filizzola. kepada wartawan. - AFP

No comments: