Pages

Sunday, June 17, 2012

25 korban letupan bom

PESHAWAR: Sebuah bom kereta meletup di kawasan pasar di barat laut negara ini dekat sempadan Afghanistan, membunuh 25 orang, termasuk tiga kanak-kanak dan mencederakan lebih 50 yang lain, kata pihak berkuasa, semalam.
Kejadian itu berlaku di kawasan pasar utama di bandar Landi Kotal, kata ketua pegawai tadbir tempatan, Mutahir Zeb.

Menurutnya, terdapat 18 mayat di hospital Landi Kotal, manakala tujuh yang cedera mati ketika dirawat di Pusat Perubatan Hayat (HMC) di Peshawar, bandar utama di wilayah Khyber Pakhtunkhwa.
Mutahir berkata, mereka yang mati termasuk tiga kanak-kanak berusia sembilan, 10 dan 12 tahun.

Sementara itu, pegawai perubatan di HMC, Tauheed Zulfikar berkata pihak hospital ada menerima tujuh mayat. Belum ada pihak mengaku bertanggungjawab atas kejadian itu, tetapi kumpulan militan Islam sebelum ini melancarkan beberapa serangan di kawasan berkenaan. - AFP

No comments: