MANILA: Gempa bumi 6.1 magnitud menggegarkan Pulau Luzon, Filipina hari ini tetapi tiada laporan kematian dan tiada amaran tsunami dikeluarkan, kata pakar seismologi Ameika Syarikat.
Agensi Kajian Geologikal Amerika Syarikat (USGC) berkata, gempa bumi itu pada kedalaman 35 kilometer itu berlaku pada kira-kira jam 6.18 pagi waktu tempatan, 182 kilometer barat laut Manila.
Institut Gunung Berapi dan Seismologi Filipina pula berkata, pihaknya mengukur kejadian pada bacaan 6.0 magnitud. - AFP
No comments:
Post a Comment