Pages

Wednesday, June 6, 2012

WANITA DIJADIKAN DARI TULANG RUSUK YANG BENGKOK...

Ramli Joned
Apa kurangnya di dalam syurga, namun Nabi Adam a.s tetap rindukan Siti Hawa.... Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki.. Tetapi kalau lelaki sendiri yang tidak lurus, tidak mungkin mampu hendak meluruskan mereka... KAYU YANG BENGKOK TIDAK AKAN MENGHASILKAN BAYANG-BAYANG YANG LURUS...

Luruskanlah wanita dengan cara yang ditunjuk Allah, kerana mereka dicipta sebegitu rupa oleh Allah... Didiklah mereka dengan panduan dari-Nya. Kenalkan mereka kepada zat Allah yang kekal, disitulah suisnya... JANGAN CUBA JINAKKAN MEREKA DENGAN HARTA, nanti mereka semakin liar... Jangan hiburkan mereka dengan KECANTIKAN, nanti mereka semakin menderita... Akal setipis rambutnya, tebalkan dengan ilmu.... Hati serapuh kaca, kuatkan dengan iman. ... Perasaan selembut sutera, hiasilah dengan akhlak.... Bisikkan ke telinga mereka bahawa KELEMBUTAN BUKAN SUATU KELEMAHAN... Itu bukan diskriminasi Tuhan... Sebaliknya, di situlah kasih sayang Tuhan, kerana RAHIM WANITA YANG LEMBUT itulah yang mengandungkan lelaki-lelaki waja: negarawan, karyawan, jutawan dan sebagainya....

WANITA YANG LUPA HAKIKAT KEJADIANNYA, pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan... Tanpa ilmu, iman dan akhlak, mereka bukan sahaja tidak boleh diluruskan, bahkan mereka pula membengkokkan... LEBIH RAMAI LELAKI YANG DIROSAKKAN OLEH PEREMPUAN daripada perempuan yang dirosakkan oleh lelaki.... Sebodoh-bodoh perempuan pun boleh menundukkan sepandai-pandai lelaki... Itulah akibatnya apabila wanita tidak kenal Tuhan... Bila wanita derhaka, dunia lelaki akan huru-hara.... Bila tulang rusuk patah, maka rosaklah jantung, hati dan limpa....

Para lelaki pula JANGAN HANYA MENGHARAP KETAATAN, tetapi binalah KEPIMPINAN... Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah, pimpinlah diri sendiri dahulu kepada-Nya.... Jinakkan diri dengan Allah, nescaya akan jinaklah segala-galanya dibawah pimpinan kita... JANGAN MENGHARAP ISTERI SEPERTI SITI FATIMAH, KALAU PERIBADI BELUM LAGI SEPERTI SAYIDINA ALI...

No comments: