27 Januari 2012
NEW YORK - Kumpulan hak awam orang Islam di Amerika Syarikat (AS), kelmarin menggesa Pesuruh jaya Polis New York, Ray Kelly meletak jawatan kerana mendakwa dokumentari yang menampilkannya dan berulang kali ditayangkan di negara itu telah menyinggung perasaan mereka.
Dokumentari The Third Jihad: Radical Islam’s Vision for America tersebut didakwa secara terang menggambarkan orang Islam sebagai pengganas dan seakan menggalakkan warga AS untuk sangsi terhadap organisasi agama Islam yang ditubuhkan di negara itu.
Aktivis Islam di New York menyatakan mereka bimbang jika dokumentari tersebut memberi pengaruh kepada jabatan polis untuk mengarahkan anggota mereka supaya sentiasa menganggap orang Islam sebagai pengganas.
Penglibatan Kelly dalam dokumentari itu turut dikecam oleh pertubuhan Council on American-Islamic Relations (Cair) yang menganggap kredibilitinya sebagai ketua pasukan polis terbesar di AS kini telah terjejas walaupun sebelum ini dia menyokong penuh pembinaan masjid berhampiran tapak runtuhan Pusat Dagangan Dunia (WTC).
Dalam satu kenyataan, jurucakap polis New York, Paul Browne berkata, Kelly menyatakan bahawa dia kesal kerana terlibat dalam pembikinan dokumentari pada 2007 itu dan tidak berniat untuk menyinggung perasaan orang Islam.
Selasa lalu, Datuk Bandar New York, Michael Bloomberg turut menyelar polis New York kerana membuat ‘penghakiman secara dahsyat’ terhadap orang Islam apabila mereka menayangkan rakaman di luar sesi latihan memerangi keganasan selama 72 minit pada 2010.

No comments:
Post a Comment