Pages

Wednesday, December 26, 2012

Syria membimbangkan

Syria membimbangkan
Brahimi menyuarakan kebimbangan Syria tidak akan aman.
DAMSYIK - Utusan khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Liga Arab, Lakhdar Brahimi menegaskan keadaan di Syria amat membimbangkan dan langsung tidak menunjukkan tanda ke arah perang saudara lebih 21 bulan itu akan berakhir.

"Kami berharap agar semua pihak dapat mencari jalan penyelesaian untuk berdamai yang menjadi harapan seluruh rakyat Syria," kata Brahimi selepas mengadakan pertemuan dengan Presiden Bashar Al-Assad, kelmarin.

Brahimi berkata, pertemuan itu melibatkan perbincangan mengenai kebarangkalian peluang untuk mencapai perdamaian di antara kerajaan Syria dengan kumpulan pemberontak.

Beliau juga dilapor, membawa misi keamanan selepas dimaklumkan oleh aktivis bahawa pertempuran di tengah bandar Hama melibatkan kumpulan bersenjata anti-kerajaan dengan tentera Syria semakin memuncak.

Rejim Assad yang didominasi oleh pengikut minoriti Alawit pernah menembak mati seorang pengikut Syiah di bandar Maan.

Sementara itu, kumpulan Pemerhati Hak Asasi Kemanusiaan berpangkalan di Britain mendedahkan, seramai enam pemberontak terbunuh, Ahad lalu, selepas terkena serangan berpeluru dekat Homs. - Al-Jazeera

No comments: