Pages

Wednesday, December 26, 2012

Israel lulus universiti pertama

Israel lulus universiti pertamaKerajaan Eropah dan AS turut mengkritik pelan Israel yang mahu menambah lebih 6,000 penempatan Yahudi di bumi Palestin.
TEBING BARAT - Israel sekali lagi membuat keputusan tanpa persetujuan mana-mana pihak khasnya Palestin dengan menaik taraf sebuah kolej di penempatan haram Yahudi dalam Tebing Barat sebagai universiti.

Keputusan diumumkan kelmarin, melibatkan kampus Ariel yang ditubuhkan pada tahun 1982 berdekatan bandar Nablus sebagai sebuah universiti sama taraf dengan yang sedia ada di Israel.

Tindakan itu dilihat satu lagi kaedah rejim untuk mencetuskan kritikan antarabangsa dan kemarahan rakyat Palestin yang sebelum ini menganggap Tebing Barat sebagai sebahagian kawasan untuk negara mereka.
Pengiktirafan itu dibuat selepas rejim mengumumkan pelannya memperluas penempatan haram lain di tanah yang diduduki sekali gus mengundang tentangan daripada Eropah dan Amerika Syarikat (AS).
Pihak Kementerian Pendidikan Tinggi Palestin turut mengutuk keputusan rejim dan menggesa universiti seluruh dunia memboikot institut berkenaan.
Setakat ini, majoriti masyarakat dunia menyetujui bahawa kawasan yang dirampas rejim dan dijadikan sebagai penempatan Yahudi adalah haram dan menjadi sebahagian penghalang keamanan. - Al-Jazeera

No comments: