Pages

Saturday, December 8, 2012

Penembak curi bunuh 11 orang di Lubnan

Penembak curi bunuh 11 orang di LubnanKereta perisai sentiasa melakukan kawalan ketat di sempadan Lubnan-Syria.
TRIPOLI - Penembak curi dilaporkan membunuh 11 orang, termasuk remaja 13 tahun di utara Lubnan dalam tempoh tiga hari keganasan yang dikaitkan dengan konflik di negara jiran, Syria.

Pegawai keselamatan berkata, remaja itu ditembak oleh penembak curi dalam serangan nekad ke atas rumah keluarga  mangsa di kawasan kejiranan yang majoritinya terdiri daripada penduduk Alawite iaitu kelompok masyarakat dikaitkan dengan Presiden Syria, Bashar Al-Assad.

“Terdahulu, tiga penduduk terbunuh di Jabal Mohsen, daerah Alawite dan Bab al-Tebbaneh, daerah Sunni Muslim manakala 20 yang lain cedera termasuk tentera Lubnan,” katanya.

Sejak tiga hari lalu, Tripoli digegarkan dengan keganasan oleh kumpulan yang dikaitkan dengan pemberontakan yang berlanjutan hampir 21 bulan di Syria.

Sementara itu, seorang aktivis  berkata, hampir setiap hari pertempuran akan berlaku di di kawasan sempadan yang dihuni penduduk Syiah yang menyokong Hizbullah dan pemberontak anti-Assad. - AFP

'via Blog this'

No comments: