Pages

Monday, December 17, 2012

17 maut serangan bom terbaru di Iraq



BAGHDAD: Sekurang-kurangnya 17 terbunuh manakala 77 lagi cedera dalam siri serangan di Iraq termasuk pengeboman ke atas tempat ibadat puak Syiah dan sebuah kereta di pejabat politik pemberontak Kurdish, hari ini.

Dua kereta dan tujuh bom diletupkan berhampiran dua tempat ibadat puak Syiah yang dikenali sebagai Husseiniyahs di utara bandar Kirkuk manakala sebiji bom magnetik disasarkan ke atas seorang anggota polis bandar berkenaan.

Ketua Pengarah Kesihatan Kirkuk, Sadiq Omar Rasul meletakkan angka korban dalam serangan berasingan itu pada 13 orang dan mencederakan 57 yang lain.

Kirkuk yang kaya dengan sumber minyak dan etnik bercampur adalah sebahagian daripada wilayah di utara Iraq yang dikuasai oleh puak Kurdistan yang mahu bergabung bagi melakukan bantahan terhadap Baghdad.

Sementara itu, sebuah kereta meletup di depan ibu pejabat Presiden Parti Kesatuan Patriotik Kurdistan, Jalal Talabani selepas ribuan orang ramai bersama pasukan keselamatan Kurdish berkumpul di Jalawla, wilayah Diyala, hari ini. - AFP

No comments: