Pages

Monday, December 17, 2012

Krisis Syria: Kem pelarian Palestin diserang

krisis syriaPertempuran antara tentera kerajaan dan kumpulan pemberontak berterusan. - Foto ihsan Al-Jazeera
DAMSYIK - Beberapa pesawat mengebom kawasan yang menempatkan kem pelarian di ibu negara Syria hari ini - serangan udara buat kali pertama sejak kebangkitan rakyat 20 bulan yang lalu.
Laporan awal dipetik stesen Al-Jazeeramenyebut bahawa sebuah masjid yang dijadikan tempat perlindungan diserang menyebabkan beberapa orang terbunuh.
Belum ada pengesahan berkenaan dengan angka kematian.
"Pesawat perang melancarkan serangan udara di kawasan berdekatan dengan hospital al-Bassel, di kem Yarmouk, mencederakan beberapa orang," kata Badan Pemantau Hak Asasi Manusia Syria, yang berpejabat di United Kingdom.
Kawasan itu sememangnya menjadi tumpuan pertempuran tentera kerajaan dan kumpulan pemberontak. Tetapi serangan hari ini merupakan kali pertama pesawat digunakan.
Yarmouk merupakan kawasan penempatan bagi rakyat Palestin dan Syria dari Bukit Golan yang kini dikuasai Israel.
Terdapat kira-kira 500,000 rakyat Palestin di Syria.

No comments: