Pages

Thursday, November 22, 2012

Datuk popular selepas peraga fesyen wanita




GAMBAR butik Yuekou menunjukkan Xianping memperagakan koleksi fesyen cucu perempuannya di Guangzhou, selatan China.


GUANGZHOU - Seorang datuk di China menjadi popular sekelip mata selepas gambar-gambarnya memperagakan pakaian wanita disiar di Internet, lapor akhbar MailOnline kelmarin.
Pada mulanya, lelaki berusia 72 tahun itu, Liu Xianping, bergambar dengan memakai pakaian koleksi butik atas talian Yuekou milik cucu perempuannya sebagai bahan jenaka.
Namun, selepas cucunya memuat naik gambar-gambar itu di Internet, mereka tidak menyangka imej tersebut menjadi popular dalam masa semalaman.
Gambar-gambar itu kemudian menjadi bahan publisiti yang berjaya, sekali gus meningkatkan jualan koleksi butik Yuekou sebanyak lima kali ganda.
Butik tersebut beribu pejabat di sini dalam wilayah Guangdong, selatan China.
Menurut akhbar tempatan, China Newsweek, wanita berkenaan memberitahu bahawa idea untuk memperagakan fesyen wanita itu datang daripada datuknya.
"Dia mengambil sehelai pakaian dan mencubanya untuk memberi tunjuk ajar mengenai suai dan padan," kata cucu perempuan Xianping.
"Kami anggap aksinya lucu dan terus merakamnya," tambah wanita itu. - Agensi

No comments: