Seorang lelaki Syria meratapi kematian anak lelakinya di hospital Dar El Shifa, Aleppo |
Semenjak tercetusnya konflik berdarah di Syria yang turut menjejaskan laluan sempadan dua negara itu, Turki dilihat tidak dapat menahan sabar lalu melancarkan amaran terakhir selepas satu bedilan mortar dari negara jiran disasarkan ke sempadan selatan Akcakale.
Dalam pada itu, Pertubuhan Pakatan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) mengesahkan sokongan terhadap Turki dan mendesak Syria menamatkan serangan yang dianggap mencabuli undang-undang antarabangsa.
Kumpulan Pemerhati Hak Asasi Kemanusiaan Syria memberitahu, beberapa askar terbunuh dalam serangan balas Turki yang disasarkan ke arah pusat kawalan tentera berhampiran bandar Tel Abyad.
Sementara itu, Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan berkata negaranya tidak berniat untuk mengisytiharkan perang dengan Syria.
"Serangan yang dilancarkan tentera Turki di sempadan adalah amaran terhadap bedilan mortar oleh Syria.
"Turki tidak akan berdiam diri dengan apa sahaja provokasi dilakukan rejim Syria terhadap keselamatan negara ini," kata Erdogan.
Syria bagaimanapun, menjelaskan sedang menyiasat punca serangan mortar itu dan meminta jirannya bersabar. - Reuters
No comments:
Post a Comment