AKCAKALE: Tentera Turki semalam melepaskan tembakan meriam ke atas wilayah Syria selepas bom mortar yang dibedil dari negara itu menyebabkan lima rakyat Turki terbunuh.
Tidak ada butir terperinci diberikan mengenai serangan balas itu, mahupun mengenai pihak yang bertanggungjawab membedil mortar dari Syria.
Bagaimanapun, sumber keselamatan berkata, Turki meningkatkan jumlah tenteranya di sepanjang sempadan kedua-dua negara.
“Tentera kami di sempadan bertindak balas serta-merta. Serangan dilancarkan terhadap kawasan sasaran yang dikenalpasti menerusi radar.
“Turki tidak akan berdiam diri dalam menghadapi provokasi rejim Syria terhadap keselamatan negara kami,” kata kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri, Tayyip Erdogan.
Dalam pada itu, pihak berkuasa Syria berkata, ia melakukan siasatan untuk mengenal pasti sumber bom mortar itu.
Menteri Penerangan, Omran Zoabi menyampaikan ucapan takziah kepada penduduk Turki dengan berkata, negaranya menghormati kedaulatan negara jiran.
Parlimen Turki dijadual mengundi hari ini untuk melanjutkan kebenaran lima tahun bagi tenteranya melakukan operasi seberang sempadan. Kebenaran itu pada mulanya bertujuan membenarkan serangan terhadap pangkalan pejuang Kurdis di utara Iraq.
Ia kini akan diperluaskan untuk memasukkan operasi di Syria, kata seorang anggota Parlimen dari parti pemerintah.
Sementara itu, penduduk Akcakale berkumpul di luar pejabat datuk bandar, bimbang untuk kembali ke kediaman masing-masing kerana bunyi tembakan meriam dari wilayah Syria masih kedengaran di bandar itu.
“Kami tidak dapat tidur sejak 15 hari lalu. Kami terpaksa menumpang tidur di rumah sanak saudara yang jauh dari sempadan kerana merasakan tidak selamat di sana,” kata seorang peniaga, Hadi Celik, 42, bapa lima anak, antara mereka yang berkumpul di luar pejabat datuk bandar. - AFP

No comments:
Post a Comment